Baru-baru ni, team MH tersangkut dalam traffic jam yang sangat teruk di Kuala Lumpur. Lama sungguh sampai tak tahu nak sembang apa sesama kami sebab rasa macam dah habis topik. So, kami pun bukalah radio kononnya tak nak krik krik krik sangat. Tapi kebanyakan program yang sedang on air seperti syok sendiri sampai kami rasa nak tutup radio, sampailah kami ter-tuned in ke radio ZAYAN. Layan jugak rupa-rupanya ZAYAN ni ya. Yelah, sebelum ni kami ingat radio berkonsepkan muslim kontemporari ni hanya untuk audiens yang spesifik sahaja.

Kalau korang adalah sebahagian golongan yang dah lama tak dengar radio sebab macam tak jiwa, apa kata bagi chance kat ZAYAN ni?

ZAYAN menyediakan pelbagai kandungan menarik yang menepati cita rasa para pendengar di Malaysia merangkumi fesyen, teknologi, hiburan dan gaya hidup terkini berlandaskan gaya hidup Muslim moden masa kini. Pendekatan kreatif cara baharu ini tertumpu kepada golongan pelajar-pelajar dan dewasa bekerjaya selain pendengar muda yang sentiasa aktif.

Di bawah kami rangkumkan empat program ZAYAN yang paling onz!

#1 : Mulakan Pagi Yang Lebih ‘Fresh’ Dengan ZAYAN Salam Bros


Bosan Dengan Rancangan Radio ‘Syok Sendiri’? Nah 4 Program Radio Yang Mesti Ngam Dengan Jiwa Korang.

Salam Bros bersama Mawi & Anas yang menjadi suara pagi pendengar seawal jam 6.00 pagi misalnya, mempunyai segmen santai khusus buat pendengar yang mahukan kelainan.

Idea segar yang diterapkan menerusi Ayat World yang membawa pendengar belajar bahasa asing bersama panel, Dr. Taha pasti memberi idea segar di awal pagi. Misalnya, segmen tersebut memberi ruang untuk pendengar belajar pelbagai bahasa. Antara Russia, Urdu, Arab dan Inggeris.

Pada masa sama, pendengar dihidangkan dengan Bros Buskers yang memperdengarkan alunan suara Mawi menerusi nyanyian lagu-lagu popular yang diubah semula baik lirik ke arah positif seperti mana yang dibudayakan menerusi ZAYAN.

“Apa sahaja lagu saya dan Anas bawakan menerusi susunan kembali lirik positif buat pendengar kami,”kata Mawi. Segmen menarik ini turut menampilkan pemuzik, Oja dan Raqib.

Momentum pagi diteruskan menerusi Mawi Jawi yang mana segment ini menekankan elemen belajar bahasa Jawi.

 

IKLAN

#2: Feel More Trendy Dengan #ZOTD!

 Bosan Dengan Rancangan Radio ‘Syok Sendiri’? Nah 4 Program Radio Yang Mesti Ngam Dengan Jiwa Korang.

Pendengar akan dihangatkan dengan ZAYAN of The Day (#ZOTD) bersama satu-satunya penyampai radio wanita dengan berbincangkan isu tentang fesyen, melancong dan makanan bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang.

Antara topik yang cukup menarik adalah segmen #OOTD di mana pendengar akan diajar bagaimana memilih pakaian trendy tetapi masih mematuhi syariat Islam.

Bukan itu sahaja, beberapa tip dan info melibatkan pelancongan turut dikongsi pada jam seterusnya membantu pendengar untuk mendapatkan info tempat-tempat bercuti menarik dan muslim friendly.

Malah, senarai-senarai kafe hipstur halal turut dikongsikan kepada pendengar di dalam segmen makanan dan terus diikuti dengan pembukaan topik-topik menarik untuk dibincangkan.

 

IKLAN

#3: Lebih Tenang Dengan ZAYAN Valet

 Bosan Dengan Rancangan Radio ‘Syok Sendiri’? Nah 4 Program Radio Yang Mesti Ngam Dengan Jiwa Korang.

Temani petang anda bersama Raqib dalam segmen ZAYAN VALET bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam. Banyak topik menarik yang akan dikongsikan Raqib.

Segment menarik yang terkandung di dalam ZAYAN VALET ialah #TanyaAbangJay yang memberi ruang buat pendengar mengenai apa sahaja, misalnya soal agama dan kehidupan.

Manakala dalam PASSPORT ZAYAN, Raqib akan berkongsi tips mengenai hal berkaitan pelancongan, baik dalam dan luar negara. Juga, jangan lupa untuk meneruskan pilihan bersama ZAYAN menerusi Kaji Ngaji.

Program tersebut memberi ruang buat pendengar untuk memahami maksud kalimah suci al-Quran terpilih.

Selama satu jam iaitu setiap 7.00 hingga 8.00 malam pula,diperdengarkan alunan zikir menerusi segmen ZAYAN FIKIR (Z-kir), yang pastinya memberikan aura kerohanian positif buat pendengar setianya.

IKLAN

 

#4: Layan Jiwa & Perasaan Di ZAYAN Cafe

 Bosan Dengan Rancangan Radio ‘Syok Sendiri’? Nah 4 Program Radio Yang Mesti Ngam Dengan Jiwa Korang.

Di waktu malam, anda akan ditemani dengan kelincahan Falyq Hikyle dengan pelbagai topik yang sesuai untuk dibincangkan sambil ditemani dengan lagu-lagu yang mengasyikkan dari jam 8 malam sehingga 12 tengah malam sepanjang 7 hari bekerja.

Pendengar akan disajikan dengan segmen “MAKAN MANA TU?” melalui cadangan selebriti yang dihubungi serta luahkan rasa isi hati di ruangan RINDU LINE di mana sesiapa sahaja yang ingin sampaikan rindu sayang kepada kawan baik serta ibu bapa.

Diikuti pula dengan #FalyqTahu di mana penyampai akan menyajikan fakta-fakta menarik serta berkongsi update-update selebriti di sosial media.

Sebelum Tamat penyiaran,Carta ZAYAN Cafe Top 10 akan memainkan lagu-lagu kerohanian pilihan penyampai dan orang ramai.

Berbeza sedikit di waktu Ramadhan, Tazkirah bersama Abang J akan mendominasi siaran bermula 8 malam sehingga 10 malam dan di sambung dengan Falyq yang akan menghubungi selebriti serta personaliti untuk mengetahui mereka tarawih di mana.

Lebih berinformasi, pendengar dapat menambah ilmu pengetahuan tentang ibadah dengan belajar #IbadahMudah bersama Mutawwif Taufiq. Bagaimanapun, topik yang dibincangkan sangat ringan dan tidak membosankan.

Menerusi segmen menarik dan berbeza daripada stesen radio lainnya, ZAYAN boleh diikuti menerusi frekuensi 104.9FM di Lembah Klang, Alor Star (98.1FM), Ipoh (106.4FM), Melaka (98.9FM), Johor Bahru (92.8FM) dan Kuantan (91.6FM).

Atau, klik sahaja aplikasi ZAYAN yang boleh didapati secara percuma menerusi Apple Store dan Android untuk lebih interaktif.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI