Jika ada yang perasan, pelakon dan model Intan Ladyana dilihat agak kurang membuat kemunculan menerusi mana-mana naskhah terbaru atau hadiri sebarang majlis anugerah kebelakangan ini.

Mengakui lebih gemar mengambil pendekatan low profile, aktres berkenaan kini juga lebih selesa mengambil jalan tersebut, selain selektif memilih naskhah untuk dilakonkan.

“Memang saya ambil keputusan untuk lebih low profile berbanding sebelum ini. Soal produk, saya juga percaya pada rezeki. Malah kalau saya muat naik entri menerusi media sosial, peminat masih ada yang mengenali. Malah ada bertanya bila dapat tonton saya berlakon lagi. Tawaran berlakon itu tetap ada, cumanya saya lebih selektif.

 

“Saya sendiri pun sudah lama berlakon. Jadi apabila melakonkan watak yang hampir sama saya risau kalau orang bosan. Kalau boleh saya nak elakkan daripada bawa watak berulang-ulang,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Intan ditemui di lokasi penggambaran filem seram terbaru arahan Ahmad Idham, Town Mall di Kota Damansara, baru-baru ini. Turut sama beraksi di dalam filem berkenaan ialah Datuk Eizlan Yusof, Reen Rahim dan ramai lagi.

IKLAN

Intan bagaimanapun belum terfikir untuk terus bersara daripada dunia lakonan.

“Zaman Mekap Lebih Lama Daripada Tempoh Event Sudah Lama Berlalu,” – Intan Ladyana Selesa Low Profile

IKLAN

“Saya masih belum terfikir setakat ini untuk berhenti berlakon. Ini merupakan minat saya. Cuma bila sedikit low profile ini, saya boleh lakukan perkara lain yang disukai juga. Ada masa untuk diri sendiri,” kongsi Intan yang turut mengakui zaman terujanya seperti mana saat awal terlibat dalam seni sudah lama berlalu.

 

“Kalau macam event tu saya masih lagi hadiri, cuma majlis anugerah agak kurang sebab kalau tidak ada kena mengena dengan diri saya, saya tak pergilah melainkan diundang sebagai penyampai atau finalis. Bukan nak boikot atau apa. Kalau perlu untuk saya hadir, semestinya saya akan hadir.

 

“Tambah pula, berilah peluang kepada bakat baru lain juga. Zaman saya mekap  lebih lama dari tempoh event sudah lama berlalu,” seloroh Intan.

MH berada di belakang tabir filem seram arahan Ahmad Idham, Town Mall

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, 13 August 2018

Foto: Instagram Intan Ladyana

IKLAN

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI