Pelakon dan hos, Haryati Hamzah mengakui dia pernah berasa bangga mempamerkan aurat kepada umum suatu ketika dahulu di saat awal pembabitan dalam dunia lakonan.

Cuba menjadi insan yang lebih baik, bintang berusia 41 tahun ini pada masa sama menasihati ramai untuk cuba rebut dan mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.

Perkongsian tersebut dikongsikan Yatt menerusi satu entri di Instagram.

Dulu Pernah Bangga Tayang Aurat, Sekarang Kalau Sehelai Rambut Kelihatan Yatt Hamzah Rasa Malu
“Ramadhan Day 10. Dulu Aku pernah merasa bangga menayang auratku di khayalak. Kini Aku malu jika walau sehelai rambutku kelihatan.

“Jika kau sedang atau pernah merasakan yang sama, inilah namanya HIDAYAH,” tulisnya.

IKLAN

Dia pada masa menambah bulan kemuliaan ini merupakan detik keinsafan dan baginya, hidayah itu perlu dikejar bukan ditunggu.

“Ramadhan bulan keinsafan. Fokus utk jadi lebih baik, in shaa Allah HIDAYAH akan hadir. HIDAYAH perlu dicari bukan dinanti.

“Taglah sahabat2 yg sdg atau telah berhijrah. Keep supporting them. Besar pahala kebaikannya. In shaa Allah. SALAM 15 Ramadhan,” tulisnya lagi.

IKLAN

Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.

Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.

IKLAN

Selepas itu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Kini, Yatt sedang hamil anak kelima yang sudah mencecah usia lebih 6 bulan kehamilan.

Dulu Pernah Bangga Tayang Aurat, Sekarang Kalau Sehelai Rambut Kelihatan Yatt Hamzah Rasa Malu Dulu Pernah Bangga Tayang Aurat, Sekarang Kalau Sehelai Rambut Kelihatan Yatt Hamzah Rasa Malu

Foto: Instagram Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI