Penyampai radio dan pelawak Sharifah Shahirah atau dikenali sebagai Shiera Ijoy telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi gambar tersebut, pelawak yang berusia 44 tahun telah berkongsi gambar dia bersama usahawan terkenal, Datuk Seri Vida ketika berada di Karnival Mood Republik yang berlangsung di Kelantan.
“Masa kat Kelantan mood republik Penuh booth cik B ….setanding mira filza ok Yang hujung anak aku ..dah 21.. @tallisya72 tapi tak glamor (promot)”tulisnya.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin menyambut ulang tahun kelahirannya semalam.
Dalam pada itu, sahabat baiknya, Nur Fazura Sharifuddin, Fattah Amin dan beberapa sahabat terdekat turut meraikan majlis hari jadi buat Rizman bertemakan Arabic Night.
Difahamkan majlis tersebut diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Tidak dapat menahan sebak kerana terlalu teruja, Rizman tampak tenang memotong kek bertingkat dengan simbolik berwarna hitam-putih.
Selain itu, Fazura tampil manis berniqab dengan rona ungu cair menyerlahkan lagi majlis, manakala Fattah persis lelaki Arab.
Foto : Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah Michael Ang yang memeluk Islam sejak Februari 2018, namun merahsiakan hal tersebut sehingga petang semalam memberitahu, dia ada sebab tersendiri berbuat demikian.
“Sebenarnya sejak umur 14 tahun saya hanya percaya yang saya hanya ada satu Tuhan sahaja.
“Akan tetapi ketika itu juga, saya masih mencari-cari sehinggalah saya ada alami satu mimpi,” kata Michael kepada MH.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Ditanya mengenai perkembangannya dalam menjalani ibadat, pengarah ini mengakui ada beberapa ketika dia masih menggunakan bahasa Inggeris.
“Saya masih solat dalam bahasa Inggeris. Bagaimanapun, saya ada cuba untuk guna bahasa Arab, tapi perlahan-lahan belajar sebab lidah saya ni jenis susah sikit.
“Masakan tidak, bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris pun masih ada pelat,” selorohnya.
Pada masa sama, Michael yang masih mengekalkan nama sama ini turut menjelaskan, dia masih lagi belajar mendalami Islam.
“Selama setahun ni, apa yang saya belajar tentang Islam adalah jangan cepat menghukum seseorang.
“Misal kata kalau orang tu buat salah, kita tegur dengan cara baik. Jangan terus nak judge orang tu macam-macam.
“Islam agama indah. Setiap orang ada sebab kenapa dia buat mcm tu (perkara yang tak berlandaskan ajarqn Islam), kita sebagai saudara Islam tegur, nasihat dan selebihnya biarlah Allah yang menentukan,” kongsinya lagi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...