Pelakon Nelydia Senrose mengakui pada fasa sekarang, dia percaya kepada rezeki sekiranya populariti akan jatuh andai selepas ini dia mendikan rumah tangga selepas ini.

Katanya kepada MH, dia sudah pun berlakon sejak usia belasan tahun dan gembira dengan apa yang dilakukan sekarang.

“Yang Berlaku Dalam Kerjaya, Saya Tidak Mahu Campurkan Ia Dengan Hal Peribadi,” – Nelydia Senrose

IKLAN

“Perjalanan saya ke arah itu (berkahwin) memanglah ada. Pengumuman rasmi akan datang tetapi bukanlah sekarang. Saya sudah mula berlakon sejak usia saya 13 tahun lagi. Saya seronok, happy dengan di mana saya berada sekarang.

 

“Cuma pada masa sama, apa sahaja yang berlaku di dalam kerjaya saya tidak mahu campurkan ia dengan hal peribadi,” jelas Nely.

Pada masa sama, bintang Cinta Tiada Ganti ini turut memberitahu, penonton sekarang juga sudah bijak menilai.

IKLAN

“Yang Berlaku Dalam Kerjaya, Saya Tidak Mahu Campurkan Ia Dengan Hal Peribadi,” – Nelydia Senrose

IKLAN

“Berada di kemcuncak atau tidak ke, peminat lebih bijak untuk pilih karya, berbanding hal status seseorang pelakon itu.

 

“Dari segi populariti, kalau tidak sekarang mungkin pada masa depan akan jatuh juga. Apa pun, saya percaya kepada rezeki,” ujar adik kepada aktres, Uqasha Senrose ini lagi. 

Foto: Instagram Nelydia Senrose

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI