Ikon fesyen yang kini bergelar selebriti, Wak Doyok merupakan antara selebriti yang berterusan dikecam netizen gara-gara tindakannya yang menyatakan sokongan terhadap pemimpin kerajaan baru, meski sebelum ini dia dikatakan sering menyokong program anjuran kerajaan lama sebelum ini.

“Yang Bercakap Pun Tak Mengundi Pun Sebenarnya,” – Masih Dihencap ‘Lalang’, Ini Respond Wak Doyok!

IKLAN

“Sebagai selebriti, tidak tertakluk kepada mana-mana parti. Kalau sebelum ini parti pembangkan mahu kita buat sesebuah program, kita cuba datang dan tak terikat. Akan tetapi sebagai rakyat Malaysia, usah tuduh melulu. Kata ‘lalang’ atau tidak.

 

“Yang gambar jadi viral semua, itu sebelum dan selepas. Saya tak ada buat statment atau bercakap yang bukan-bukan. Cuma sekadar ambil gambar. Itu sahaja,” katanya menjelaskan keadaan kepada MH.

Pada masa sama, pelakon Abang Long Fazil 2 ini juga mengharapkan peminat tidak mudah membuat sebarang spekulasi, seiring dengan tampuk pemerintaan kerajaan baru.

IKLAN

“Yang Bercakap Pun Tak Mengundi Pun Sebenarnya,” – Masih Dihencap ‘Lalang’, Ini Respond Wak Doyok!

IKLAN

“Meski kita pun dah berubah dengan tampuk pemikiran yang baru, pemikiran kita pun kena mahu ke depan. Buanglah yang keruk ambil yang jernih. Kita majukan sama-sama. Kadang-kadang pun yang bercakap pun tak mengundi pun sebenarnya.

 

“Budak-budak kan, bercakap macam ‘tin kosong’,” luahnya jujur sambil menunjukan tanda jari yang dicelup dakwa tanda mengundi dan haknya bersuara sebagai rakyat Malaysia. 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI