Beberapa bulan lalu, pelakon Amyra Rosli mencuri tumpuan ramai apabila dia tampil dengan imej berhijab, menutup aurat.
Lalu bintang ini memberikan pencerahan memandangkan mungkin ada yang keliru dengan watak sebagai wanita bertudung yang pernah dibawa.
“Mungkin ramai yang keliru dengan penampilan saya yang sekaran ini (berhijab) kerana ia seiring dengan lakonan drama saya kerana saya memegang watak bertudung.
“Apabila saya bertudung, orang akan fikir saya hanya promosikan dama tersebut dan ada juga yang cakap ketka itu saya baru pulang dari Mekah.
“Jadi saya tak nak cakap banyak-banyak, cukup sekadar mereka tahu perkembangan saya di media sosial.
“Apa yg boleh saya katakan adalah sekarang ini saya masih belajar dan banyak lagi benda yang saya perlu dalami,” kongsinya menerusi video di Zayan.My
Menurut pelakon drama Cemburunya Seorang Perempuan itu, ada kalanya dia bertanyakan pendapat suaminya, Amar Baharin mengenai penampilan terbarunya itu.
“Saya selalu bertanya pada dia, nak berjalan dengan isteri yang free hair atau bertudung, tapi Alhamdulillah, saya mempunyai suami yang sangat supportive.
“Masa saya free hair dulu, saya bukanlah seorang yang seksi. Kalau baju saya ternampak apa yang tak patut terdedah sana, sini , dia akan tegur cara pemakaian baju itu supaya tutup sikit.
“Dari situ saya tahu dia seorang suami yang menjaga isteri dia. Jadi saya mahu menjaga suami saya di akhirat kelak untuk sama-sama samapi di sana,” kongsinya jujur.
Tahniah diucapkan buat pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida yang telah selamat timang anak kelimanya, petang tadi.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan masih belum memaklumkan nama serta jantina yang dilahirkan kira-kira jam 5.30 petang itu.
Terdahulu, Aliff ada memuat naik entri beserta beberapa status perkembangan isterinya itu menerusi laman Instagram dan turut meminta doa ramai agar proses bersalin isteri dipermudahkan.
Sementara itu, Shahida menerusi IG Stories turut menzahirkan rasa syukur apabila semuanya berjalan lancar.
Untuk info, Aliff dan Shahida berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...