Umum sedia tahu, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dikenali sebagai antara pelakon profilik sehingga kini yang cukup versatil hingga dilantik sebagai guru lakonan khusus buat para pelakon yang bakal masuk set sesebuah filem baru.

Terkini, herion filem Azura dan Ali Setan itu menjadi guru lakonan buat barisan para pelakon filem Pinjamkan Hatiku yang kini sedang rancang ditayangkan di pawagam negara ini.

Berkongsi pengalaman menjadi guru kepada salah seorang pelakon utamanya iaitu Ayda Jebat, Ogy secara jujur mengakui berpuas hati ketika menonton kualiti pelakon dan penyanyi berkenaan.

IKLAN

“Saya ingat lagi, dulu saya pernah dijemput untuk menjadi salah seorang pengkritik ketika Ayda masih bersaing di Akademi Fantasia 9. Tapi mungkin nasibnya tak berapa baik pada minggu itu, dia diumum sebagai peserta tersingkir. Bagaimanapun, sekarang saya kembali jadi guru kepadanya dan sebagai pendatang baru, saya bangga dengan apa yang ditonjolkan Ayda.

 

“Dia seorang yang mahu belajar dan menunjukkan kesungguhan terhadap apa yang dilakukan. Saya berpuas hati dengan apa yang diberikannya untuk filem tersebut,” katanya kepada MH ketika ditemui di Malam Gala Tayangan Perdana filem tersebut di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berkongsi mengenai perkara tersebut, figura yang kini popular menerusi lagu Mata sempat merakamkan rasa terharu dan terima kasihnya buat pelakon senior itu.

IKLAN

Wow…Kak Ogy Puas Hati Tonton Lakonan Ayda Jebat!

IKLAN

“Pasti sesuatu yang menggembirakan bila mana pujian tersebut diberikan daripada salah seorang pelakon yang tidak boleh disangkal kredibilitinya dalam lakonan. Ya, pada peringkat awal, saya masih lagi samar-samar mengenai watak yang bakal dibawa. Apatah lagi ini merupakan filem pertama yang menampilkan saya sebagai pelakon utama.

 

“Namun mujur, kak Ogy banyak membantu dan Alhamdulillah, segala kesungguhan diterjemahkan daripada filem berkenaan,” akui Ayda yang turut memasang harap agar filem Pinjamkan Hatimu ini bakal mendapat tempat yang baik di kalangan pencinta filem tempatan.

Selain Ayda, Pinjamkan Hatiku turut dibarisi perlakon berbakat lain seperti Shaheizy Sam dan Farid Kamil.

https://www.youtube.com/watch?v=glW7NN-QM1M

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI