Anak syarikat KRU International Sdn Bhd, Kartun Studios Sdn Bhd mengumumkan kejayaan awal filem animasi terbaru mereka berjudul “Wheely” yang mendapat tempahan pengedar-pengedar di serata dunia melalui pra-jualan di pasaran-pasaran filem antarabangsa di Cannes, Los Angeles dan Berlin.

“Wheely” sebuah filem animasi, aksi dan komedi merupakan filem kedua terbitan Kartun Studios dan filem animasi pertama arahan Yusry KRU yang kini di dalam proses akhir produksi yang dijalankan di studio KRU di Ipoh, Perak.

 

“Pengalaman mengarah sebuah filem animasi sebenarnya bukanlah terlalu asing bagi saya kerana sebelum ini kebanyakan filem-filem arahan saya banyak menggunakan teknik CGI dan perancangan syot melalui papan cerita yang dihasilkan sebelum penggambaran.

 

“Wheely” menggabungkan elemen aksi komedi yang sesuai untuk tontonan umum dan bukan terhad kepada golongan kanak-kanak saja. Saya mengambil peluang ini untuk mengenengahkan lokasi-lokasi menarik sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan destinasi-destinasi pelancongan tempatan yang lain walaupun bertemakan penceritaan universal,” ujar Yusry.

Walaupun watak-watak kenderaan “anthropomorphic” (berciri kemanusiaan) pernah dihasilkan di Barat melalui iklan Chevron, filem “Cars” dan siri “Herbie”, “Wheely” mempunyai plot cerita dan reka bentuk watak yang unik dan tersendiri.

Wheely Laris, Filem Animasi Setanding Filem Antarabangsa

IKLAN

Ianya mengisahkan watak “Wheely” sebagai teksi yang dipandang rendah oleh komunitinya terpaksa berdepan dengan sindiket jenayah yang menculik kenderaan-kenderaan mewah iaitu kenderaan import yang menjadi golongan elit di bandaraya tersebut.

IKLAN

Menurut Datuk Norman Abdul Halim, selaku Penerbit Eksekutif “Tempahan yang kami terima bagi filem “Wheely” sememangnya luarbiasa memandangkan filem ini masih didalam proses produksi.

IKLAN

“Kebanyakan pengedar yang membuat tempahan filem “Wheely” adalah pengedar-pengedar yang sama mengambil hak pengedaran filem animasi pertama kami berjudul “Ribbit” yang telah meraih sekitar US$4 juta kutipan di pawagam (termasuk di Poland sebanyak US$1juta) dan memenangi Filem Keluarga Terbaik di Niagara Integrated Film Festival di Canada,” katanya.

“Wheely” bakal diedarkan di 94 buah negara dan dijangka akan berada di pawagam tanahair sekitar bulan Mac 2018 didalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI