Jangan ingat ahli politik tak popular tau. Seiring dengan PRU14 yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini, nama Presiden Amanah, Mohamad Sabu terus menjadi bahan bualan netizen.

Beliau yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan ada memuat naik satu ‘tweet’ bertanyakan pendapat ramai mengenai imej yang dibawanya.

“Ramai suruh saya tukar ‘style’. Saya rasa tak perlu, anda fikir?” soalnya di laman Twitter miliknya.

Terdahulu, semasa Mat Sabu diumumkan bakal memegang jawatan tersebut, ramai orang mempertikaikan kredibiliti beliau apatah lagi mengkritik imej yang sering dibawakannya.

Namun begitu, melalui pemerhatian MH di ruangan komen, rata-rata netizen juga mahu Mat Sabu mengekalkan imej yang sedia ada ini.

IKLAN

IKLAN

Susulan itu, Mat Sabu turut memuat naik satu lagi ‘Tweet’ bersetuju dengan respon yang diberikan netizen.

IKLAN

“Saya setuju, rakyat memilih kerana mahu keadaan negara ini ditukar, bukan supaya yang dipilih tukar stail,” tulisnya.

Alahai, lucu betul bang Mat ni… MH pun selalu terhibur dengan jenaka-jenaka beliau. Apa-apapun, MH percaya beliau mempunyai kewibawaan untuk menjadi bakal Menteri Pertahanan Malaysia.

sumber: Twitter Mat Sabu

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI