Berita

Watak Imar & Emir Cetus Teka-Teki!

Share

Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.

Terbukti dengan rangkaian drama-drama Astro Originals yang berjaya mencetuskan impak luar biasa sepanjang tahun 2025, Astro kali ini tampil dengan idea yang lebih mega menerusi rangka promosi siri terbaharunya, Bad Cop.

Drama bersiri lapan episod ini dilihat berjayamemancingmata penonton menerusi jalan cerita dan sinematografi yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Sejak minggu lepas, mungkin ada di antara anda yang perasan mengenai gimik promosi Bad Cop yang dipaparkan menerusi papan iklan digital gergasi yang mula menghiasi beberapa lokasi ikonik seluruh negara.

Buat pengetahuan anda, apa yang dipaparkan di digital billboard

itu bukanlah hanya gimik atau iklan biasa semata-semata. Sebaliknya, ia adalah antara usaha strstegik Astro untuk mengajak orang ramai menikmati Digital Out of Home (DOOH).

Jika diperhatikan, paparan tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang secara tidak langsung memberikan gambaran awal terhadap penceritaan drama Bad Cop itu sendiri.

Kembar Terpisah & Plot Penuh Konspirasi

Kunci kepada plot penceritaan drama arahan Jason Chong ini diletakkan sepenuhnya di bahu pelakon utamanya iaitu Aiman Hakim Ridza yang memainkan watak kembar seiras iaitu Emir Khalid dan Imar Khalid.

Imar ialah inspektor polis legenda manakala Emir pula terperosok di dalam dunia jenayah selain turut menjadi buruan mafia dadah.

Setelah sekian lama terpisah, takdir menemukan pasangan kembar itu pada malam serbuan dan Imar ditembak mati ketika bergelut dengan mafia dadah

Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, Imar sempat menyampaikan amanat kepada Emir untuk melindungi keluarganya.

Walaupun dengan rasa berat hati, Emir tampil mengambil alih identiti Imar yang secara tidak langsung menjadi satu-satunya jalan buat dirinya terlepas daripada buruan dan menunaikan hasrat abangnya itu.

Kini, Emir perlu membiasakan diri dengan kehidupan abangnya sebagai anggota

polis dan ketua keluarga. Dalam masa sama, dia juga perlu merungkai segala konspirasi yang berlaku diantara polis dan mafia dadah.

Mampukah Emir mengotakan janjinya terhadap Imar atau terus hanyut dalam dunia jenayah? Adakah samarannya juga akan terbongkar? Sama-sama kita nantikan kesudahannya pada episod akhir nanti.

Billboard Interaktif Tarik Perhatian

Sementara itu, paparan billboard kali ini tidak hanya statik untuk mempromosikan drama sahaja. Ia merupakan eksplorasi seni yang memaparkan konsep dualiti karakter diantara Imar dan Emir.

Di sebelah siang, para pengguna jalan raya dapat melihat Emir menjadi anggota polis manakala pada waktu malam pula, imej di LED berubah mamaparkan perwatakan Emir yang sebenar. Menang ‘cool’ habis!

Papan iklan digital ini juga telah berjaya menarik perhatian jutaan pengguna jalan raya di sekitar Lembah Klang seperti di Lebuh Raya MRR2, Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya MEX, Lebuh Raya Sprint serta jalan-jalan utama seperti Jalan Kuching dan Taman Seri Gombak, Kuala Lumpur.

Malah, gimik promosi ini juga dijangka akan diperluaskan lagi menerusi fasa kedua di negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka, Perak dan Sabah bermula penghujung Januari ini.

Bukan setakat itu, paparan

iklan interaktif ini juga dapat dilihat oleh jutaan pengguna tren Mass Rapid Transit (MRT), termasuk pelancong asing.

Strim #BadCopMY setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di #AstroOne. Episod-episod terdahulu dan terkini juga boleh distrim bila-bila masa di aplikasi sooka.

Saksikan rangkaian drama pilihan yang menggabungkan kisah lokal dan antarabangsa melalui Astro One, semuanya denganhanya RM49.99 sebulan, strim sehingga 4 peranti.

Tidak sempat layan drama di rumah? Teruskan menonton di aplikasi sooka, di mana sahaja anda berada. Muat turun dan strim secara percuma.

Langgan sekarang dan nikmati pengalaman hiburan tanpa batas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

 

Published by
Aizam Manaf