Dalam pada itu, peminat juga turut berasa kagum melihat kecekalan Bella melakukan aktiviti berbasikal.
Ads
Ads
Terdahulu, Bella mendirikan rumah tangga bersama penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean, 2.
Bagaimanapun, mereka telah disahkan bercerai pada 16 Mei yang lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Foto: Instagram Bella Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ain Edruce atau nama sebenarnya Nurul Ain Edruce ada mendedahkan sikap sebenar dirinya buat si tunang menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Ain, dia merupakan seorang perempuan yang sangat ringkas namun ada beberapa perkara yang tidak digemarinya.
“Dear Fiance ,Lg berapa bulan lg nk kahwin , so aku nk kau knl aku betul2. Aku jenis perempuan yg simple, just ade sikit2 benda je aku x suka .
“Macam ,TAK SUKA SAYUR TAK SUKA DATING KLUA LMBT TAK SUKA WARNA KELABU , HIJAU , PINK TAK SUKA ICE LEMON TEA TAK SUKA SWIMMING TAK SUKA LIPAS TAK SUKA CICAK
“TAK SUKA BIAWAK TAK SUKA KAU ( oopps )TAK SUKA ORANG PUSH
TAK SUKA MANDI TAK SUKA TENGOK CITE HANTU TP NAK TENGOK TAK SUKA PARK REVERSE. TAK SUKA BANTAL JENIS BULU OSMOLOSPHOSIS
“Haaa simple kn? Harap awak dh knl saya. @amirul_hafizz,” tulisnya.
A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on Sep 11, 2019 at 7:26pm PDT
Di samping itu, peminat juga mendoakan agar semua urusan Ain dan tunang dipermudahkan.
Untuk rekod, Ain telah mengikat tali pertunangan bersama seorang usahawan, Amirul Hafiz pada 22 Jun yang lalu dan bakal merancang untuk melangsungkan majlis perkahwinan pada 13 Disember depan.
Foto : Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan Minggu Fesyen New York, Neelofa yang turut berkesempatan menjadi tetamu, seterusnya menonton beberapa siri pertunjukan fesyen mewah di sana.
Malah, Neelofa sempat mencuba beberapa persalinan dari jenama terkenal dunia, termasuk busana dari Tommy Hilfiger.
Bagaimanapun, sesi ‘fitting’ bertukar menjadi suatu situasi yang penuh makna apabila hos MeleTop itu bertemu empat mata dengan Tommy Hilfiger sendiri ketika sesi ‘fitting’ berlangsung.
“You look great,” komen pereka tersebut saat pertama kali bersua sama Neelofa.
“Ketika sesi fitting berlangsung, beliau tiba-tiba muncul dan memberi komen-komen positif kepada busana yang telah saya cuba.
“Beliau sangat baik. Saya berasa sangat merendah diri dan berbesar hati apabila beliau mempelawa saya untuk bergambar bersama.
“Team Tommy Hilfiger juga sangat membantu ketika proses fitting. Mereka juga sangat natural ketika menggayakan hijab untuk saya,” kata Neelofa.
Sempat merakam beberapa foto kandid, usahawan berjaya ini juga memaklumkan dirinya turut menggemari kebanyakan busana yang ada dalam koleksi terkini pereka terkenal itu.
“Koleksi yang diperagakan semalam terdiri daripada busana kasual.
“Jadi, saya boleh melihat diri saya ini menggayakan koleksi berkenaan, terutama koleksi busana kasual lelaki,” kata Neelofa yang turut menyukai barisan persalinan baju panas dalam koleksi terkini Tommy Hilfiger.
Kekal menjadi antara jenama fesyen pilihan sejak awal 90-an hingga kini, jenama terbabit juga pernah menjalin kerjasama bersama beberap bintang terkenal dunia seperti Gigi Hadid dan Zendaya.
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana telah selamat diijabkabul sebagai suami isteri di kediaman keluarga pihak wanita di Seri Kembangan, Selangor, kira-kira jam 5.31 petang tadi.
Memetik mStar, pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Masjid Al Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz, dengan sekali lafaz.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, menerima hantaran berupa senaskhah Al-Quran serta mas kahwin RM300.
Difahamkan, masing-masing menyerahkan dua dulang hantaran.
Terdahulu, senaskhah al-Quran tersebut merupakan hadiah yang diberikan buat Ardell sewaktu majlis merisik dan dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
Nadzmi Adhwa, 26, pada masa sama besyukur atas doa semua.
“Semua ini atas doa peminat yang mahukan kami bertemu jodoh dan akhirnya doa itu dimakbulkan. Alhamdulillah!,” kata pemilik nama lengkap, Nadzmi Adhwa bin Nor Adzmi seperti dipetik.
Keduanya bagaimanapun masih belum menetapkan tarikh resepsi serta lokasi berbulan madu.
Foto/Sumber: mStar Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...