Meski mengakui ada segelintir yang skeptikal terhadap keberaniannya di dalam menjual pakaian dalam lelaki iaitu ‘boxer’, penyanyi dan pelakon Izzue Islam tidak menyangka usahanya dalam bisnes berkenaan membuahkan hasil.

Difahamkan, ia sudah pun habis terjual dalam tempoh tiga hari!

Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 28, boxer tersebut yang sepatutnya dijual bersempena hari raya dilaporkan sudah pun habis hanya dalam masa tiga hari ketika ia dilancarkan sebelum Ramadan.

IKLAN

“Memang ada orang macam pelik apabila saya cakap nak jual boxer tetapi saya tak kisah dengan apa juga pandangan orang terhadap saya.

 

“Pada saya ia tidak pelik pun kerana ia adalah benda yang menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian kita,” katanya seperti yang dipetik Mstar.

Pada masa sama, bintang yang bakal beraksi menerusi drama rantaian Jangan Bencinta Cinta itu tetap optimis dan turut merakamkan rasa syukur atas sambutan baik yang diterima.

IKLAN

“Alhamdulillah percubaan saya nampaknya membuahkan hasil dan semua boxer itu habis terjual dalam masa tiga hari sahaja,” ujarnya yang sudah merancang untuk melebarkan sayap perniagaan tersebut dengan lebih besar.

Difahamkan, Izzue ada merancang untuk mengeluarkan item lelaki berkenaan dalam kuantiti lebih banyak, selain menjadi salah satu produk bawah jenamanya, IzzuExclusive.

IKLAN

Foto: Instagram Izzue Islama

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI