Pelakon, Nad Zainal mendedahkan anaknya, Ibrahim pasti akan menangis setiap kali melihatnya muncul di kaca television.

Katanya, dia sedih mengenangkan keadaan tersebut lalu membuatkannya terfikir untuk menukar kariernya menjadi seorang pramugari.

Telatah anaknya itu telah dikongsikan oleh Nad menerusi sebuah video di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Aduh, nak kena kerja jadi pramugari ke sekarang ni? Hahahaha! Jahanam. Sedih mummy tau. Yem ni hati tisu, dia TAK BOLEH nampak i di TV kalau i takda di rumah. Dia emosi tengok Bawang Live, dah mata Yem macam kena bawang aduh,” tulisnya.

Video tersebut memperlihatkan Ibrahim membuat riak wajah sedih ketika menonton temu ramah Nad di program Bawang Live yang disiarkan di Astro Ria.

IKLAN

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut bersimpati melihat reaksi anaknya itu selain turut menyifatkan Ibrahim seorang kanak-kanak yang comel.

[VIDEO]”Kena Jadi Pramugari Ke Sekarang?,”- Nad Zainal Muncul Saja Di TV, Anaknya Pasti Emosi. Apa Sebabnya?

IKLAN

[VIDEO]”Kena Jadi Pramugari Ke Sekarang?,”- Nad Zainal Muncul Saja Di TV, Anaknya Pasti Emosi. Apa Sebabnya?

Aduhai! Sedih betul tengok telatah Yem tiba-tiba mengangis macam tu. Ibu mana je yang sanggup melihat anaknya bersedih. Semoga Nad terus tabah.

Foto: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI