Shila Amzah Tak Reti Cakap Belakang! Publisiti Baik & Buruk Tetap Lonjak Nama Anak Seni
Hampir 25 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, hakikatnya Shila Amzah telah melalui pelbagai fasa, dari pentas realiti tempatan hingga ke pertandingan antarabangsa 💃🏻🌏
Setiap langkahnya membina, setiap pencapaiannya membanggakan! 👍🏼 🌟
Shila bukan saja dikenali kerana suara dan lagu-lagunya, tetapi juga kerana ketegasan dan prinsip yang dipegang. Bagi Shila, apa yang dirasa, itulah yang dikata.🔥
Anak kepada penyanyi legenda Datuk ND Lala ini turut akui, dunia hiburan bukan hanya tentang bakat semata. Kontroversi juga, secara tidak langsung, kadangkala menjadi ‘platform’ untuk melonjakkan nama anak seni ke perhatian umum; sama ada dalam kerjaya atau sisi peribadi mereka. 🎭
Saksikan luahan jujur dan sisi Shila yang lebih mendalam dalam Netizen Take Over di saluran YouTube Media Hiburan jam 3 petang ini! 💻
Dan jangan lupa strim #RaiseTheStarMalaysia di mana Shila sebagai juri dalam mencari bintang yang bakal membawa lagu karya beliau, setiap Ahad, 9 malam hanya melalui Astro One atau sooka