#MHnews Siti Jamumall sebak kenang Allah SWT bagi rezeki hamil anak perempuan di sebalik ujian perceraian
Usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall, sebak lalu menitiskan air mata, mengenangkan rezeki bakal dikurniakan anak perempuan selepas melalui ujian susulan insiden diceraikan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, ketika sesi ‘TikTok Live’, minggu lalu.
Menurut Siti Jamumall atau nama sebenarnya, Siti Suriani Wahiddin, 26, dia dan suami memang mengimpikan untuk memiliki zuriat perempuan, memandangkan dia anak perempuan tunggal di dalam keluarga.
#MHnews #MediaHiburan