#MHnews Fareez Fauzi buang rasa malu sertai uji bakat Raise The Star
Anak kepada pelakon senior Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi sahut cabaran apabila terpilih melalui sesi uji bakat ‘Top 100’ program nyanyian realiti terbaharu, Raise The Star.
Mengharapkan agar dirinya terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya, pelakon dan penyanyi ini akui dia ambil semangat isteri yang baru saja ‘berjuang’ bersalin anak kedua mereka, minggu lalu.
Tidak mahu terus dibayangi kejayaan lama, meski pernah menjuarai sebuah program realiti TV dan memenangi wang tunai RM100,000 dulu, Fareez sanggup mengetepikan ego dan memulakan semula langkahnya.
#MHnews #MediaHiburan