#MHnews Dayang Nurfaizah terima Anugerah Khas Borneo MeleTOP
Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah melakar sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Borneo MeleTOP pada Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung di Stadium Tertutup Miri, baru-baru ini.
Menerusi penghargaan itu, Dayang mengakui berasa terkejut, namun bersyukur atas pengiktirafan yang diterima di tanah kelahirannya sendiri.
#MHnews #MediaHiburan