#MHnews Adam Lee jalani ujian kesuburan, reda belum rezeki timang anak
Belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata, pelakon Adam Lee akui dia dan isteri yang juga aktres, Sweet Qismina kini reda dengan perancangan Allah SWT.
Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, sewaktu di awal perkahwinan, dia mudah terasa dan sering tertanya-tanya mengapa mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.