LEEZA – Berjaya Dalam Percubaan Kali Kedua, Ray-D Jadi Kekuatan Leeza | Kilauan Emas 2025
Meskipun gagal melayakkan diri ke Top 12 Kilauan Emas tahun lalu, namun ia nyata tidak mematahkan semangat Leeza untuk kembali mencuba nasib.
Menurut Leeza, 54, yang kini bekerja sebagai pereka grafik sambilan berkata, dia datang ke uji bakat KE 2025 dalam keadaan yang lebih bersedia dan bersyukur bila namanya terpilih ke peringkat 12 terbaik.
Leeza juga optimis membawa semangat anaknya, Ray-D yang telah dinobatkan selaku naib juara Big Stage Alpha.
Saksikan program Kilauan Emas 2025 yang akan bersiaran bermulan 16 Ogos ini di saluran Astro Prima atau strim secara fleksibel di Astro Go dan sooka.
#MHnews #MediaHiburan #KilauanEmas #OtaiLebihBerbisa #Jomusha #AstrOne #sooka
