Emma Maembong Reda, Enggan Kongsi Lanjut Soal Peribadi
Ads
#MHnews “Hidup ini singkat, saya tak suka bermusuh atau marah-marah…” Pelakon Emma Maembong mengulas mengenai pengumuman bekas kekasihnya dikenali DJ Kidd mengenai status hubungan mereka yang kini sudah didakwa berakhir. Emma bagaimanapun reda dan memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadi secara terperinci. Mengulas mengenai soal hatinya pula, aktres itu menegaskan kegagalan di dalam sesebuah perhubungan tidak membuatkan dia berasa trauma atau serik untuk mengenali lelaki lain. Ini kerana baginya, setiap pengalaman yang dilalui menjadikannya seorang individu itu akan lebih matang dalam menilai kehidupan 🌹
