Dinobat Bintang Paling Popular 2025, Ernie Zakri terkejut dapat lebih 124 juta undian
Ads
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Di sebalik kemenangan itu, terjadi sebuah kisah lucu di mana Ernie sebenarnya sudah pun pulang ke hotel dan terpaksa kembali semula ke dewan dalam keadaan berjalan kaki kerana tersekat di dalam kesesakan lalu lintas.
#MHnews #MediaHiburan
