Viral satu video di laman Twitter mengenai video terakhir seorang ayah bersama dengan anaknya sebelum dia menemui ajal kerana kemalangan jalan raya.

Dalam video berdurasi satu minit 14 saat itu menyaksikan ayahnya yang sebak bertanyakan soalan kepada anak perempuannya sekiranya dia sudah tiada kelak.

Apa yang meruntun perasaan apabila anaknya seolah-olah memahami apa yang diperkatakan ayahnya dan mendengar dengan raut sedih di saat ayahnya meninggalkan pesan terhadapnya. Di akhir video kelihatan anaknya mengucup pipi ayahnya.

MH difahamkan bahawa bapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa hari selepas video tersebut dirakam.

IKLAN

“Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia . Al-fatihah,” kongsi individu yang memuat naik video itu.

Video itu kemudiannya mendapat 26,000 ‘retweet’ dan 16,000 ‘likes’ di laman Twitter. Dalam pada itu, ramai yang turut berkongsi rasa sedih saat menonton video itu.

IKLAN

 

[VIDEO] “Ya ALLAH, Sebaknya,”- Viral Video Terakhir Anak Dan Bapa Di Twitter Undang Tangisan Netizen

IKLAN

[VIDEO] “Ya ALLAH, Sebaknya,”- Viral Video Terakhir Anak Dan Bapa Di Twitter Undang Tangisan Netizen

ALLAHU, perkongsian ini ternyata membuka mata kita bahawa yang hidup pastinya akan mati. MH doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Foto: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI