Pelakon Fasha Sandha ada memuat naik video kedua-kedua anaknya yang akan menyambut Aidil Adha bersama keluarga bapa mereka, Rizal Ashram atau lebih sinonim dengan sapaan Jejai, semalam.

Menerusi video tersebut, pelakon Teratai Kemboja itu ada memberikan ucapan selamat hari raya dalam tonasi yang cukup sporting dan humor.

Nyatakan, seloroh Fasha bersama Jejai sebelum bekas suaminya itu berangkat mengundang rasa bangga di kalangan netizen. Malah, ada yang tidak jemu menonton potongan video berkenaan berulang kali.

“Selamat hari raya ‘duda’, kata Fasha sambil disambut dengan ‘selamat hari raya ‘janda’,” dari Jejai.

Malah, Fasha sempat menitipkan pesan buat anak-anak supaya saling ambil berat antara satu sama lain dan tidak bergaduh semasa sendiri.

IKLAN

[VIDEO] “Selamat Hari Raya Duda, Selamat Hari Raya Janda,” – Seloroh Fasha-Jejai Buat Netizen Terhibur!

Sementara itu, menenerusi ruangan kapsyen, pelakon versatil ini turut menulis kasyen gurau berkenaan situasi yang berlaku ketika itu.

IKLAN

“Dudaku untuk dilelong. DM dia untuk berkenalan. Masih single and available , kesian dudaku…kriteria yang diperlukan, adalah perempuan yang sama macam ibu. Wanita yang berkerjaya , independent dan sedap mata memandang. Sbb dia sejenis very fussy,” tulis Fasha.

Pada masa sama, aktres berusia 34 tahun ini juga turut memaklumkan dirinya akan cuba untuk menghubungi anak-anak mereka setiap dua jam sekali.

IKLAN

“Tahun ni Aidiladha dada nak ambik anak, ibu mengalah…Pls take care of my babies ok …3 days without my babies sama dengan 3 tahun. Ill call them every two hours ok.

 

“Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua followersku. maaf zahir dan Batin (walaupun bukan raya Puasa tak salah mintak maaf). Thank You for loving me,” kongsi Fasha.

Foto/video: Instagram Fasha Sandha

https://www.youtube.com/watch?v=YIqrSU1f238

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI