[VIDEO] “Saya Datang Nak Hiburkan Mereka, Tapi Mereka Pula Yang Menghiburkan,” – Neelofa Lawat Pesakit Kanser

Meskipun padat dengan jadual sebagai seorang selebriti dan usahawan, Neelofa telah ‘mencuri’ masanya untuk beramah mesra dengan pesakit kanser di Hospital Kuala Lumpur semalam.

Pada masa sama, hos MeleTop itu juga telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya itu.

“Saya telah meluangkan masa pada hujung minggu bersama peminat cilik dan adik-adik yang sedang bertarung dengan kanser,” tulisnya di ruangan kaspyen.

IKLAN

Video tersebut melihatkan Neelofa sedang beramah mesra dengan salah seorang pesakit kanser, Alif.

“Terima kasih kepada @lajuiceria kerana menyertai program csr ini bersama kami.

 

Saya datang untuk menghiburkan mereka, tetapi mereka pula yang menghiburkan kami di sini dengan usikan nakal dan kasih sayang mereka,” tulisnya lagi.

Alif yang juga peminat tegar plantun lagu Yang Terindah nyanyian Achey telah menghiburkan orang ramai di situ apabila dia menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.

“P/S : @acheykintangkintung , adik Alif nak jumpa Achey ! He’s your biggest fan,” tulis Neelofa.

Netizen turut terhibur dengan nyanyian adik Alif yang menyanyi secara spontan dan penuh penghayatan itu.

IKLAN

Wah! Comel je tengok Neelofa layan adik-adik yang menghidap penyakit kanser.

Apa-apa pun tahniah buat Neelofa kerana telah mengiburkan dan menggembirakan pesakit-pesakit tersebut.

Video : IG Neelofa