
Saat indah bergelar ibu adalah ketika membesarkan anak yang dikandung selama sembilan bulan.
Perasaan itu tidak dapat disembunyikan pelakon dan penyanyi, Lufya Omar yang telah berkongsi video di Instagram yang menyaksikan langkah pertama anaknya, Laana Haura.
“Magical moment!!!! Haura’s first step!!
Walk baby. walk!!!!!! Alhamdulillah.. Semoga hidayah dan pertolonganMu mengiringi setiap langkahmu anakku. Melangkahlah di tempat-tempat yang baik, menuntut ilmu dunia dan akhirat. Semoga kamu menjadi wanita yang berakhlak baik, berilmu dan bermanfaat untuk orang lain. Aamin,,” tulisnya.
Serentak itu, netizen turut gembira menonton video tersebut apatah lagi kanak-kanak comel berusia 11 bulan itu yang berjinak-jinak mahu berjalan.
Video tersebut melihatkan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar begitu teruja dengan langkah pertama anaknnya itu.
Video : IG Lufya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI