Sebut sahaja nama Anzalna Nasir, pastinya terlintas di fikiran netizen bahawa pelakon itu memiliki penampilan yang cantik dan menarik.

Memiliki raut wajah bujur sirih, pelakon yang popular dengan drama Dendam Aurora, Anzalna kini berada di luar negara bagi tujuan pengambaran sebuah produk kosmetik.

Menariknya, Anzalna telah memuat naik video di Instagramnya yang memaparkan tiga orang gadis Inggeris memuji kejelitaannya itu.

IKLAN

“Are you sure you’re Malaysian? You should be in telenovela,” katanya riang.

Walaubagaimanapun, Anzalna membalas pertanyaan itu dengan spontan dan tersenyum malu.

“No, I’m Malaysian and I’m proud to be Malaysian,” balas Anzalna.

Video tersebut telah mendapat lebih 20,000 tontonan dan netizen turut bersetuju dengan kata-kata gadis Inggeris dari Colombia itu.

IKLAN

[VIDEO] “Kita Orang Melayu Lah Awak,” – Gadis Inggeris Puji Anzalna Cantik Bak Bintang Telenovela [VIDEO] “Kita Orang Melayu Lah Awak,” – Gadis Inggeris Puji Anzalna Cantik Bak Bintang Telenovela

IKLAN

[VIDEO] “Kita Orang Melayu Lah Awak,” – Gadis Inggeris Puji Anzalna Cantik Bak Bintang Telenovela [VIDEO] “Kita Orang Melayu Lah Awak,” – Gadis Inggeris Puji Anzalna Cantik Bak Bintang Telenovela

Memang tak dapat dinafikan lagi Anzalna ni memang cukup pakej, kan?

Untuk rekod, Anzalna merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010 di kedudukan tempat ke-4.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI