Hah memang buku bertemu ruas, baru-baru ini seperti yang kita tahu Fathia Latiff ada muncul di ruangan komen live video Iqram dengan meninggalkan komen yang agak melampau apabila meminta pelakon tersebut membunuh diri.

Melalui portal mStar, Iqram yang telah dihubungi memberitahu dia langsung tidak perasan pelakon tersebut telah meninggalkan komen sebegitu rupa.

Namun bagaimanapun iqram kedengaran agak terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Fathia yang berlagak seperti netizen-netizen yang suka mengecam.

IKLAN

“Dah kenapa dia tu? Terus terang saya kadang-kadang tak perasan sebab tak baca pun banyak-banyak komen sebab kadang-kadang rasa nak sepak je. Yang suka menyondol sana sini.

 

“Saya tak tahu nak cakap apa saya tak tahu apa sebab Fathia Latif nak buat komen macam tu, mungkin dia rasa dia pon nak jadi part of netizen yang suka menyondol sana sini.

 

“Saya pun lama dah kot tak berjumpa dengan dia sekirannya dia pun nak jadi seperti netizen suka-suka hati nak hetam dan kecam orang, taka pa sama-samalah kita bunuh diri!” katanya ketika dihubungi.

Malah, Iqram turut sempat memerli Fathia yang kononnya larikan diri keluar negara.

“Dia dah lari ke mana tu? Hilang ke luar negara buat apa? Kau lari kan? Kalau kau nak suruh aku bunuh diri lebih baik kau pun pergi bunuh diri.

 

“Entah lah, bergurau pun berguraulah tetapi saya pun nak bergurau dengan Fathia Latiff alang-alang kau kat luar negara kau bunuh diri lagi baguslah! Dah senang!” katanya lagi dengan nada yang tegas.

Bagi MH, walaupun kami sendiri tak tahu apakah niat sebenar Fathia meninggalkan komen seperti itu, tetapi sebagai seorang manusia yang punyai hati dan perasaan, perbuatan Fathia sangat melampau!

IKLAN

Kalau bergurau ada sahaja cara lain Fathia nak bergurau.

Tapi ada juga mulut-mulut jahat bisik di telinga kami kata Fathia sebenarnya sudah tiada modal hanya ingin menjadi sejenis ‘parasit’ yang menumpang kontroversi orang sebab akhir-akhir ini ramai yang sudah mula melupakannya.

IKLAN

Apa pendapat korang betul ke?

SUMBER VIDEO: mStar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI