Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang individu memberi teguran pedas kepada penyanyi Elyana yang kini sedang bertarung melawan kanser.
Bagaimanapun, sahabat baik penyanyi Kalis Rindu itu, Sherry Ibrahim telah berkongsi video di Instagramnya dengan cara memberi nasihat kepada netizen agar menjaga setiap kata-kata yang ingin disampaikan.
Video tersebut memaparkan Sherry merayu agar netizen tidak perlu memberi komen yang negatif dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk memberi nasihat.
Sebaliknya, perkara yang paling penting adalah berdoa agar kesihatan Elyana berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Justeru itu, netizen bersetuju dengan kata-kata Sherry dan meninggalkan pendapat masing-masing dalam ruangan komen tersebut.
Dalam situasi sebegini, perkara utama adalah sentiasa berdoa dan memberikan kata-kata semangat buat Elyana.
Apa-apa pun, tindakan Sherry sangat bijak kerana teguran yang diberikan itu sangat membina menerusi caranya yang berhemah dan lemah lembut.
Video : IG Sherry Ibrahim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI