Select Page

Pengasas kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri baru sahaja melakukan majlis tahnik dan akikah buat anak keempatnya, Yusoff  AlQardawi di kediaman mereka di Kota Damansara pada Ahad. Pada masa sama, perkarangan mahligai indah penyanyi Abang Nak Tegur itu turut diadakan majlis rumah terbuka bermula jam 8.00 malam.

Berkongsi mengenai majlis tersebut dengan lebih lanjut, Aliff mengakui teruja dengan kelahiran Yusoff, selepas hampir enam tahun menanti.

“Hampir enam tahun, akhirnya kami diberikan rezeki anak. Jadi rasanya tidak salah untuk saya lakukan sesuatu bagi meraikan anak keempat. Kebetulan, Yusoff dilahirkan pada Syawal, jadi kami anjurkan sekali rumah terbuka. Sebab itulah ia jadi meriah dan alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya yang menafikan majlis dilakukan secara mewah adalah untuk menunjuk-nunjuk.

 

“Ramai yang tidak tahun, lebih enam tahun lalu saya struggle dengan bisnes. Jadi bila usia pun sudah mencapai 30an, rasanya inilah masa paling sesuai untuk rasa hargai keluarga dengan hasil titik peluh selama ini. Malah saya juga tanya isteri, apa yang dimahukan bersempena dengan kelahiran anak kami. Dia tidak mahu bag tangan atau apa, katanya cukup jika lakukan majlis akikah dengan meriah.

 

“Saya pun sukakan budak-budak dan itulah sebabnya juga kami mengambil anak angkat. Kebetulan, bila ambil mereka isteri saya disahkan mengandung. Jadi saya anggap apa yang hadir itu adalah rezeki yang perlu dirai,” akui Aliff kepada MH.

Ditanya mengenai kos majlis pada malam itu, ahli perniagaan ini tidak mahu memberikan butiran lanjut bimbang andai ia akan disalah erti ramai pihak. Menurutnya, biarlah apa yang dilakukan itu menjadi suatu pengalaman manis buat mereka sekeluarga.

“Sebelum ini pun, kami pernah melakukan majlis seumpamanya tetapi tidaklah semeriah ini. Kebetulan kami ambil pakej daripada Datuk Rizalman dan Yusoff lahir pada bulan Syawal. Soal kos itu tak mahulah saya kongsi, takut kena kecam. Biarlah rahsia. Saya pun dah tua, nak low-profile saja. Kalau nak tahu boleh tanya perekanya. 

 

“Saya tahu isu katil anak tu pun jadi kontroversi. Saya buat pun sebab hobi suka tengok benda yang cantik dan jadikan ia kenangan sekeluarga,” akhirinya. 

Dalam perkembangan lain, Aliff bakal menjadi pengacara untuk satu program masakan sebanyak 13 episod selain menunggu tarikh sesuai untuk merakamkan single keduanya.

Ikuti beberapa sedutan sekitar majlis menerusi FB Live MH.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 8 July 2018

Akikah anak keempat SD Aliff Syukri di kediamannya

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 8 July 2018

 

 

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: