Filem Munafik sememangnya menjadi filem yang dinanti-nantikan pada tahun ini apatah lagi sejak pengarahnya, Syamsul Yusof berkongsi poster filem itu baru-baru ini.

Kini, saat trailer filem itu dimuat naik di media sosial dan Youtube, banyak respon positif yang diberikan peminat.

Malah, salah seorang pelakon utamanya, Maya Karin turut berterima kasih buat peminat yang memberikan respon positif terhadap filem tersebut.

“#1.7million views in less than 24 hours! Syukur.. #munafik2 #munafik2trailer2018 #jomtengokmovie,” tulisnya.

IKLAN

Di Youtube, jumlah tontonan setakat ini hampir mencecah 200,000 tontonan. Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan komen ‘seram’ apabila menonton trailer filem tersebut.

[VIDEO] “Ini Betul-Betul International Ni,” – Peminat Tak Sabar Tonton Munafik 2 Lepas Tengok Trailer

IKLAN

[VIDEO] “Ini Betul-Betul International Ni,” – Peminat Tak Sabar Tonton Munafik 2 Lepas Tengok Trailer

Malah, ada juga yang memuji bahawa filem ini bertaraf antarabangsa saat menonton trailernya.

IKLAN

[VIDEO] “Ini Betul-Betul International Ni,” – Peminat Tak Sabar Tonton Munafik 2 Lepas Tengok Trailer

Sebelum ini, Maya ada memberikan kenyataan bahawa dia kini bersikap lebih selektif sebelum menerima mana-mana tawaran berlakon dan tidak memandang soal bayaran semata-mata.

Foto: Instagram Maya Karin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI