Tahniah diucapkan buat pelakon Betty Rahmad yang sudah pun memaklumkan dirinya kini hamil tiga bulan. Perkongsian tersebut dilakukan adik kepada sutradara Erma Fatima ini menerusi salah satu entri di Instagram baru-baru ini.

Menariknya, pelakon yang juga aktif dalam perniagaan ini turut memberikan kejutan buat suami, Ardy mengenai perkhabaran gembira itu.

[VIDEO] Betty Rahmad Buat Kejutan Pada Suami, Kongsi Sudah Hamil 3 Bulan!

IKLAN

“Bismillah alhamdulillah syukur harini i nak share with my beloved followers & friends, i am 3months pregnant.

 

“Syukur atas rezeki dari Allah & atas berkat doa dari anda semua yang selalu doakan yang baik untuk kami. Terima kasih dan teruskan doa yang baik-baik untuk kami k!,” tulisnya.

Terdahulu, Betty dan Ardy disatukan di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 9.00 malam, 4 Februari lalu. Sehingga kini, video yang turut membuatkan netizen sebak itu sudah pun ditonton lebih 200,000 kali.

IKLAN

IKLAN

Foto/Video : Instagram Betty Rahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI