![[VIDEO] “Awas! Jangan Tiru Aksi Mereka,” – Pesan Anzalna Nasir](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/07/WhatsApp-Image-2019-07-23-at-10.20.40-AM.jpeg)
Pelakon Anzalna Nasir ada merakam video apabila suaminya, Hanif Zaki dan rakannya sedang mengendong bayi masing-masing.
Kongsi Anzalna, begitulah cara para suami menjaga anak.
“Cara bapak-bapak tidurkan anak. Susah kalau dapat bapak gila! Muntah terus budak tu! hahaha.
“Semua berkumpul dalam bilik sebab nak tidurkan anak. #AwasJanganTiruAksiMereka,” tulis Anzalna.
Lalu, netizen terhibur dengan cara mereka tidurkan anak masing-masing.
Nyata, pengalaman pertama menjadi seorang bapa pastinya sedikit kekok buat Hanif.
Tanggal 31 Mei lalu, pasangan ini dikurniakan bayi lelaki, Mohamad Eidrees selepas hasil perkahwinan selama tiga tahun iaitu pada 1 Februari 2016.
Video/Foto : Instagram Anzalna Nasir