Pelakon Zarina Zainuddin memberi penjelasan mengenai situasi yang mamaparkan anaknya, Azal tidur di lantai pusat membeli-belah baru-baru ini.

Katanya, ia berpunca daripada pendirian anaknya Azal, yang tidak mahu bergaduh bersama si abang, Azil di rumah.

Tambah Zarina, pada mulanya Azal telah meminta izin daripadanya untuk pergi ke gym di Empire Mall, Damansara.

Bagaimanapun, sebenarnya Azal telah dilihat sedang terbaring di lantai pusat membeli belah sambil membuat kerja rumah.

IKLAN

Perkara itu telah disedari oleh bapa saudara Zarina yang langsung bergegas ke pusat membeli belah berkenaan.

View this post on Instagram

Video ni di rakam oleh pakcik saya @ridzokumura pagi tadi Azal aelesai menyapu halaman rumah terus ke Empire pergi gym katanya ..saya pun lepaskannya.. Tapi bila tengok video ni saya sedih keadaan anak saya bila saya takde aktiviti shooting dia akan bawak diri takut jika dirumah dia akan bergaduh dengan abang azil ..dia cakap dia stress dirumah tanya ibu bila shooting ..saya cakap takde lagi ..dia macam frust ,dia memang taknak duduk dirumah..kalau dia baring aras kerusi takpe ni baring atas karpet di shooping complex tentu orang cakap saya tak tahu jaga anak..orang nak cakap apa cakaplah apa yang saya lalui dan apa yang orang lain lalui tak sama..lepas ni saya akan cuba cari jalan lain. Doakan yang baik2 InsyaAllah ,azal anak yang baik stress dalam hidup kami yang tiada kesudahan ini mencabar jiwa saya.. Kalau sorang saya boleh ikut sentiasa bila dua orang stress begini ssya terpaksa redha ..Allahuakhbar !!!

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

IKLAN

“Video ni di rakam oleh pakcik saya @ridzokumura pagi tadi. Azal aelesai menyapu halaman rumah terus ke Empire pergi gym katanya. Saya pun lepaskannya. Tapi bila tengok video ni saya sedih keadaan anak saya bila saya takde aktiviti shooting dia akan bawak diri takut jika dirumah dia akan bergaduh dengan abang azil

 

“Dia cakap dia stress dirumah tanya ibu bila shooting. Saya cakap takde lagi. Dia macam frust ,dia memang taknak duduk dirumah. Kalau dia baring aras kerusi takpe ni baring atas karpet di shooping complex tentu orang cakap saya tak tahu jaga anak Orang nak cakap apa cakaplah apa yang saya lalui dan apa yang orang lain lalui tak sama.

 

“Lepas ni saya akan cuba cari jalan lain. Doakan yang baik2 InsyaAllah ,Azal anak yang baik stress dalam hidup kami yang tiada kesudahan ini mencabar jiwa saya.. Kalau sorang saya boleh ikut sentiasa bila dua orang stress begini ssya terpaksa redha ..Allahuakhbar,” tulisnya.

Tambah Zarina, dia tidak peduli dengan apa yang ingin diperkatakan oleh orang ramai kerana menganggap mereka tidak tahu apa yang telah dilaluinya untuk membesarkan dua orang anak autism itu.

Dalam pada itu, Zarina mengakui  berasa sedikit tertekan namun tetap redha dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian mengenai isu ini.

IKLAN

Selain pasangan kembar Azal dan Azil, Zarina juga memiliki dua cahaya mata lelaki bernama Naim dan Adam

Semoga Zarina terus kuat dalam membesarkan kembar istimewanya itu.

Video: Instagram

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI