[VIDEO] “Acah2 Jatuh Je Tu…,”- Netizen Meluat Tengok ‘Drama’ Nazim Othman, Aprena Manrose?

Sebagai selebriti, pastinya mereka tidak terlepas dari sebarang gossip dan ‘mata’ yang memerhati meskipun ia hanya sebuah pengambaran drama/filem sahaja.

Baru-baru ini, Aprena Manrose telah memuat naik video di Instagramnya yang melihatkan dia sedang menjalani sebuah pengambaran Mr Ferrarri Vs Mrs Lamborgini yang akan bersiaran tidak lama lagi.

Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena yang bergandingan bersama Nazim Othman dan Reen Rahim tampil mengenakan busana ala-ala Bollywood dengan berlatarbelakangkan lagu Hindustan.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah apabila Nazim secara tiba-tiba jatuh di belakang Aprena, lalu mereka bergelak ketawa.

IKLAN

Susulan itu, netizen berasa kurang selesa melihat telatah mereka yang tanpa segan pilu ‘memeluk’ antara satu sama lain kerana Aprena sudah berumah tangga.

IKLAN

Tidak mahu berdiam diri, Aprena telah memberi respon kepada netizen tehadap video berkenaan.

Alahai, dah nama pun artis kan, pastinya perkara ini menjadi buah mulut netizen, walaupun perkara sedemian tidak disengajakan.

Video : IG Aprena Manrose