‘Mudah, sedap dan menyelerakan’- Itu yang dapat digambarkan apabila chef instafamous, Khairul Amin Kamarulzaman berkongsi pelbagai juadah istimewa khusus untuk berbuka puasa.
Memiliki 1.7 juta pengikut di Instagram, Khairul turut menyelitkan unsur ‘drama’ yang pastinya dapat menghiburkan penonton.
Lebih hebat, apabila Khairul, 27, menyediakan resipi 30 hari tanpa henti bersempena dengan bulan puasa ini.
Jadi tidak hairanlah sekiranya menu yang disediakan turut mendapat perhatian netizen, setanding resepi selebriti!
Menggunakan tag line, Dapur Lonely, anak kelahiran Terengganu ini sering berkongsi video masakan baik dalam bentuk main dish, minuman dan juga pencuci mulut (desserts).
Masih berduka atas pemergian bapa saudara tercinta, chef selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru, anak buahnya Fatimah berkongsi sebuah lukisan.
Lukisan berbentuk lakaran ini sepertinya memberi simbolik yang menggambarkan perasaannya, ketika ini.
Ia melakarkan seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dengan hati yang hancur nyata meluluhkan hati sesiapa sahaja yang menatap.
“Fatimah drew this on Sunday, 14 Ramadhan 1440H – the day Mamajee passed away. She said
“Mamajee is leaving…Fatimah is crying with a broken heart”💔 No words could describe her feelings. I guess the drawing says it all. Please kindly keep Fatimah in your prayers. She’s still in the healing process.”
Usahawan dan penyanyi Nur Sajat ada berkongsi video di Instagramnya.
Katanya, bersempena Aidilfitri tidak lama lagi, dia hanya menggunakan baju raya ‘recycle’ tahun lepas.
Malah, baginya, rekaan baju raya kebanyakannya sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Sajat pakai baju raya tahun lepas. tak kuasalah.. Design tahun ini nampak sama saja..
“Apa yang penting, Sajat buat body baru, body raya..
“Beli baju raya cantik-cantik tapi body sendu, tak meletop.. Yang penting body meletop. Pakai baju apa pun meletop.. Ini baju raya baru, cantik, tp body hauk..
“For my opinion, if you have a great body, any kind of clothes you wear, you will look nice and awesome,” kata Sajat yang merakam video di dalam kereta.
Awal semalam, pelakon Reza Hasbi ada memuat naik keluhannya menerusi Insta Stories apabila memaklumkan ada bayaran yang belum dilunaskan meski penggambaran sudah pun selesai kira-kira lima bulan lalu.
Lebih menyedihkan, dia turut memberitahu tahun ini tidak dapat membuat persiapan raya yang sempurna buat dua anaknya, Rifqi Daniah dan Rafi Daiyan.
Status yang dikongsikan itu antara lain turut meminta supaya isteri dan anak-anaknya bersabar.
Malah, bintang Pilih Kasih musim pertama ini turut memberi bayangan akan untuk diri dari dunia lakonan.
Reza dan isterinya, Rosedarlila mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.
Foto: Instagram Reza Hasbi/Rosedarlila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...