Categories: Hiburan

Vanessa Hudgens Kongsi Pengalaman Pembuluh Darah Mata Pecah Ketika Bersalin

Share

Pelakon dan penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Vanessa Hudgens, mendedahkan beliau mengalami pendarahan pada bahagian mata ketika melalui proses kelahiran anak keduanya baru-baru ini.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh bintang popular itu menerusi sebuah hantaran di Instagram yang memaparkan bahagian putih matanya kelihatan merah akibat pembuluh darah kecil pecah ketika kontraksi.

Menurut wanita berusia 36 tahun itu, proses kelahiran berkenaan dianggap sebagai satu pengalaman yang mencabar namun beliau bersyukur segalanya berjalan lancar.

Vanessa dan suaminya, pemain baseball profesional Cole Tucker, menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka itu pada penghujung November.

Keadaan tersebut berlaku ekoran tekanan kuat semasa proses meneran, yang boleh menyebabkan pembuluh darah halus pada bahagian mata pecah, dikenali sebagai subconjunctival hemorrhage

.

Walaupun begitu, simptom tersebut lazimnya tidak berbahaya dan akan pulih dalam tempoh beberapa hari.

Vanessa turut memuat naik gambar swafoto selepas melahirkan anak, sambil menyatakan keadaan itu sebagai sebahagian daripada pengalaman kelahirannya kali ini.

Imbas kembali, Vanessa sebelum ini menyambut kelahiran anak sulungnya pada 2023. Karier seni beliau mencuri perhatian sejak zaman remaja menerusi francais High School Musical

sebelum muncul dalam pelbagai filem dan projek televisyen.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan 

Published by
MFA