Pendakwah wanita, ustazah Shadiya Abbas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.05 pagi tadi. Berita duka itu disampaikan pelakon Lisa Surihani menerusi laman Instagram miliknya.
Difahamkan, isteri kepada penceramah agama, ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud itu meninggal dunia akibat penyakit lelah.
“Assalamualaikum wbt, terkejut apabila menerima khabar kepulangan ke Rahmatullah, Ustazah Syadiya Abbas pagi tadi pada 5:05am akibat asma. Saya dan rakan saya @daphneiking hanya terjumpa Allahyarhamah sekali sewaktu penggambaran Girls Day In tahun lepas , tetapi amat terkesan dan cair dgn pembawakannya yang tenang, lemah lembut dan baik hati. Terus rasa sayang kat dia. 😭 Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahumarghfirlaha Warhamha Wa’afiha Wa’fu Anha.. Salam takziah buat keluarganya,” kongsi Lisa.
Pelakon Nadya Syahera ada berkongsi foto memori tahun lepas apabila dirinya sekeluarga bercuti ke luar negara.
Meski banyak dugaan yang perlu didepani kerana membawa dua anak kecil ke destinasi percutian yang agak jauh berbanding sebelum ini, namum dia gembira apatah lagi apabila mengenangkan situasi semasa yang berlaku ketika ini.
“Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye.
“Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.
“Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy,” tulisnya.
Pada masa sama, pelakon drama rantaian, Chandelier ini turut berdoa agar umat Islam dapat meraikan Syawal sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.
“Pastu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena.
“Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?
Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni.
“Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah,” pohon isteri kepada usahawan, Fizul Nawi ini.
Pelakon dan hos, Memey Suhaiza ada berkongsi kisah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerasakan Fasa dilanjut dua minggu, pada Jumaat.
Katanya menerusi Instagram, dia akan terus ‘pandang’ wajah suami dan begitu juga sebaliknya.
Mudah-mudahkan, apa yang dilakukan oleh pasangan suami mendapat pahala dariNya.
“Sambung lagi. Pandang lah muka sesama puas2 pagi ptg siang mlm. Mudah2an byk pahala terkumpul hehe.
“Pandang suami / isteri penuh kasih syg pun dapat pahala, lagi kan plk klu kita berbakti pd bnda2 lain kan,” tulisnya.
Memey pada masa sama turut meminta ramai agar memandangkan situasi yang berlaku ini dari sudut positif.
“Gunakan peluang sebaiknya.buatlah apa2 yg berfaedah. p dr sudut positif.
“Mummy ok jer sbb mmg biasa buat kerja dr rumah. Papa lah pening sbb dah terbiasa busy kesana sini dgn kerja/ gym.
“Takpelah ini yg terbaik .sama2 kita ambik tanggungjawab ni bersama tau, #stayathome,” tulis Memey menerusi entri yang merakam foto yang diambil secara ‘wefie’ bersama suami, pelakon Norman Hakim.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi muzakarah dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang menyentuh soal andai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga bulan Ramadan.
Mufti Wilayah itu meminta pandangan dan nasihat UAI apa yang perlu dilakukan umat Islam andai ianya berpanjangan.
Intipatinya mudah, lebih baik berkurung. Jelas pendakwah dari Terengganu itu, menjalani ibadah puasa dan terpaksa berkurung merupakan bala dalam nikmat kerana banyak perkara maksiat dan tidak elok dapat dielakkan.
Sekaligus dapat menyelamatkan pahala puasa daripada menjadi sia-sia.
Tambah UAI lagi, orang yang memandang ke arah akhirat akan melihat PKP sebagai nikmat dan rasa bersyukur dapat menjalani ibadah puasa dengan berkurung. Dalam erti kata lain ‘mata selamat, pahala selamat’.
Dia turut menyentuh isu solat tarawih dan menyatakan Rasulullah SAW sendiri memulakan solat tarawih di rumah dan selepas itu baru ia dilakukan di masjid secara berjemaah. Tegasnya lagi, inilah masanya ibu bapa boleh mengajar dan memastikan anak-anak bersama menunaikan solat tarawih berjemaah di rumah.
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh...