Drama rantai Nur yang kini sudah pun sampai ke penghujung diakui turut mengheret nama para pelakonnya untuk turut sama terpalit dengan populariti, termasuk pelakon baru, Atiq Azman.

Menyifatkan apa yang diraihnya kini sebagai rezeki terpijak yang tidak harus dipersiakan, bekas pelajar tahfiz berusia 18 tahun ini bagaimanapun, cuba berhati-hati dalam meniti dunia glamor.

Enggan alpa dan memegang prinsip untuk mahu membantu keluarga, Atiq pada masa sama tidak menafikan apabila namanya kian dikenali, semakin ramai juga peminat yang cuba mendekati.

Bahkan katanya kepada MH, pengikut media sosialnya seperti Instagram turut naik mendadak, melebihi 90,000 pengikut.

IKLAN
View this post on Instagram

Deen Assalam ??? Allahu Ya Fattahh..? @malaysiancover @familiunic #deenassalam #rajaatiqienz #rajaatiqullah #rajaatiq #rajaatiqsquad #rajaatiqullahfans #therajaatiqullah #therajaatiqullahfans #supbunjut #amirulbunjut #mirulbunjut #therajaatiqienzsfans #rajaatiqienz #therajaatiqullah #rajaatiq.fans #rajaatiqofficialfans #therajaatiqullah.fans #rajaatiqfansclub._ #rajaatiqnators #therajaatiqullah_fans #therajaatiqienzsfans #therajaatiqienz #supbunjut #nur #rajaatiq.fans #therajaatiqullah @therajaatiqullahfansz @therajaatiqienz @therajaatiqienzfans @rajaatiq.fans @rajaatiqienz @rajaatiqienzofficialfan_ @therajaatiqullah.fans @rajaatiqeinz_fanz @rajaatiqullah_fanss @rajaatiqsquad @rajaatiqnators @theatiqullahfans @therajaatiqienz @musical.lytiktok_rajaatiq #rajaatiqofficalfan_ @rajaatiq.fans @rajaatiqienz @rajaatiqullahshah

A post shared by Atiq Azman (@therajaatiqullah) on

“Tidak dinafikan, ada juga peminat yang hubungi saya menerusi direct messege (dm). Malah ada yang cakap pernah bersekolah sama dan mengaku keluarga. Ada yang betul apa yang sebaliknya. Tetapi saya lebih gemar untuk melayan apa yang dirasakan penting, misalnya yang ada hubung kait dengan kerja.

 

“Cuma setakat ini, belum ada lagi yang berikan mesej melampau,” jelasnya.

Ditanya sama ada rakan pelakon senior lain ada memberikan nasihat dalam membawa halatuju dalam dunia lakonan, Atiq mengakui Noorkhiriah antara pelakon yang acap kali memberi pesan kepadanya.

IKLAN

“Noorkhiriah baru pesan pada saya. Katanya kau kena buat yang terbaik dalam industri seni sebab nama kau tengah naik, jadi jangan jatuhkan nama, buat elok-elok. Saya ambil sebagai pendorong untuk terus maju,” akui Atiq yang pada masa sama, turut mengambil langkah berjaga-jaga dalam soal melayan peminat.

 

“Sudah tentu saya akan lebih berhati-hati. Kalau boleh saya tak mahu jatuhkan nama sendiri sebab kalau buat hal yang tidak berapa baik nanti ramai orang yang tidak suka. Malah keluarga pun boleh jadi mahu. Kata mereka, nak jadi pelakon jadilah pelakon yang baik, jangan sampai nama tercemar,”jelas Atiq.

Ditanya sama ada selepas ini dia mahu melayan peminat menerusi pelbagai medium misalnya melalui video call, pemilik nama lengkap Raja Muhd Atiqullah Shah ini secara ringkas menjawab;

“Saya tak kan video call,” akhirinya.  

Dalam perkembangan lain, bintang muda ini turut berkongsi sudah pun mendapat tawaran untuk berlakon menerusi sebuah drama untuk tayangan Astro. Bagaimanapun, ia masih lagi di peringkat perbincangan.

IKLAN

Foto: Instagram Atiq Azman

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI