Berita

Usahawan & Pempengaruh Coach Said Buka Peluang, Impi Ubah Nasib Rakyat – “Kami Mahu Bantu Golongan B40, Suri Rumah, OKU Dan…”

Share

Sejak diperkenalkan pada April 2021, jenama Choco Albab terus memacu transformasi ekonomi dengan pelbagai usaha strategik untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran.

Pada acara tahunan Rising Star 2025 yang berlangsung buat kali ketiga pada 5 Julai lalu di Bangi Avenue Convention Centre, pelbagai agenda dan ‘manifesto’ baharu telah dilancarkan. 

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Choco Albab, Said Saiful Fazli Said Aluwi atau mesra disapa sebagai Coach Said, syarikatnya terus komited untuk terus membuka peluang pekerjaan kepada golongan yang memerlukan.

“Lebih tuntas kami mahu membantu terutama golongan B40 serta M40, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang kehilangan pekerjaan untuk memulakan perniagaan kecil.

“Insya Allah dengan usaha ini dapatlah membantu golongan itu untuk menjana pendapatan tambahan. Semua ini dalam usaha untuk terus merancakkan ekonomi negara,” kata Said.

Tambahnya lagi, Choco Albab aktif memperkasakan komuniti usahawan kecil, wanita dan belia melalui pendekatan perniagaan yang inklusif dan mudah diakses.

Open Bonet’ Jadi Platform Ekonomi Gig & Gaya Hidup

Salah satu pendekatan baharu yang diperkenalkan pihaknya ialah konsep ‘Open Bonet’, kini dijenamakan semula sebagai Choco Albab Joy Station.

Ia sebagai evolusi kepada platform jualan bergerak yang diasaskan oleh ejen-ejen sendiri, namun kini disokong sepenuhnya oleh pihak ibu pejabat (HQ).

“Konsep Open Bonet ini asalnya dimulakan secara inisiatif oleh ejen sendiri dan kini mendapat pengiktirafan serta sokongan daripada ibu pejabat (HQ).

“Melihat lebih 2,000 ejen menggerakkan inisiatif ini secara berdikari, kami tampil memperkenalkan pendekatan yang lebih profesional.

“Semuanya bagi memastikan keseragaman dan kualiti pengalaman pelanggan. Konsep ini juga lebih tersusun dengan prosedur operasi standard (SOP), harga dan menu standard di seluruh negara.

“Kami akui pada masa kini, konsep itu sudah popular dan menjadi ikutan. Lalu, ini membuatkan kami di HQ begitu teruja membantu mereka dalam menambah baik usaha sedia ada.

“Kami mendengar suara komuniti kami. Inilah masanya untuk membawa gerakan ini ke peringkat seterusnya sebagai alternatif kerjaya dalam ekonomi gig negara,” katanya lagi.

Dengan lebih enam juta rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig, Choco Albab Joy Station hadir sebagai peluang perniagaan yang fleksibel, mampu milik dan mudah diakses.

Ia amat sesuai untuk suri rumah, pelajar, graduan dan generasi muda.

“Inisiatif ini juga menyokong aspirasi negara untuk mengurangkan kadar pengangguran selain kadar jenayah kecil, mewujudkan ekonomi berbentuk ‘diamond’, memperkukuh kelompok M40 dan B40.

“Tak ketinggalan memberi peluang kepada golongan wanita dan ibu yang tinggal di rumah untuk menjana pendapatan.

“Dengan pendekatan mesra digital, perniagaan ini sangat sesuai untuk generasi muda yang berfikiran usahawan dan berdikari,” katanya.

Dalam acara sama, Choco Albab turut melancarkan produk minuman baharu, Choco Albab Belgian Mocha, iaitu minuman premium berasaskan koko Belgian yang dirumus khas untuk gaya hidup moden dan citarasa mewah.

Minuman ini mengandungi 33% koko Belgian premium, bebas gula putih, menggunakan pemanis rendah kalori (sucralose), serta mesra vegan dan laktosa-intoleran.

Setakat ini, Choco Albab telah berjaya membina rangkaian lebih 95,000 usahawan di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH