Pelakon Intan Najuwa memberitahu dia akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selepas namanya tersenarai sebagai saksi dikehendaki bagi prosiding berkaitan kes dadah.

Intan seperti yang dipetik mStar Online menjelaskan, dia terkejut apabila mengetahui namanya tersenarai sebagai orang dikehendaki polis kerana sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah di Shah Alam.

“Saya sudah menerima notis untuk hadir ke mahkamah dan saya akan beri kerjasama sepenuhnya seperti diminta,” katanya.

Sebelum ini, pelakon berusia 21 tahun itu termasuk dua lelaki dicari pihak polis apabila ketiga mereka diminta hadir sebagai saksi kes perbicaraan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya.

Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dalam kenyataan media memaklumkan  mereka dikehendaki hadir ke Mahkamah Shah Alam pada 8 hingga 10 Oktober ini.

Ads

Pada masa sama, pelakon Kekasih Paksa Rela itu turut menambah dia tidak terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah seperti disangka sebaliknya hanya diminta tampil sebagai saksi bagi membantu siasatan polis.

Ads

Ujarnya, kes itu sebenarnya sudah lama berlaku, kira-kira tiga tahun lalu. Bagaimanapun perbicaraan masih lagi berjalan.

Ads

“Tidak…Saya tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah hanya diminta tampil sebagai saksi sahaja.

 

“Kalau betul saya ada terlibat dengan salah guna barang terlarang itu, saya mungkin tiada dalam industri sekarang,” jelas Intan.

Sumber: Mstar Online

Foto: Utusan Online,Instagram Intan Najuwa

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI