Bapa pelakon Syafiq Kyle, Abdul Razak Husin, yang dikejarkan ke hospital swasta di Subang Jaya selepas rebah sejurus menghadiri majlis ramah mesra peminat anaknya malam tadi, dikesan mempunyai masalah pendarahan di bahagian otak.

Menurut Syafiq, bapanya yang berusia 55 tahun itu, sememangnya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi. Bagaimanapun sehingga awal malam tadi, dia masih tidak sedarkan diri dan terpaksa di letakkan di bawah pengawasan doktor.

“Menurut doktor, berlaku pendarahan pada bahagian otak dan bapa perlukan rawatan segera. Cuma setakat ini apa yang saya dimaklumkan, doktor memberitahu kaedah rawatan tidak membabitkan pembedahan buat masa sekarang.

 

“Memandangkan, ada kemuingkinan untuk bahagian yang alami pendarahan berkenaan mengecut,” kata Syafiq kepada MH.

Masih dalam keadaan terkejut dan reda dengan apa yang berlaku, hero filem Langsuir itu pada masa sama turut mengharapkan para peminat agar mendoakan kesihatan bapanya dan berharap agar semuanya dipermudahkan.

IKLAN

“Semoga akan ada perkembangan positif dan mohon peminat untuk turut mendoakan kesihatan bapa agar lekas sembuh, insyaAllah,” kongsi pemenang tempat kedua Pencarian Hero Remaja 2011/12 ini. 

[UPDATE] Bapa Syafiq Kyle Rebah Akibat Alami Pendarahan Otak

Sekitar jam 9.00 malam tadi, bapa Syafiq yang turut hadir bagi meraikan majlis ramah mesra bersama para peminat di sebuah pusat karaoke didapati rebah sejurus selesai menyanyikan sebuah lagu sebelum majlis bermula. Turut berada di tempat kejadian ialah pengurus dan ibu pelakon tersebut, Rohaya Sulaiman, 55.

IKLAN

[UPDATE] Bapa Syafiq Kyle Rebah Akibat Alami Pendarahan Otak

IKLAN

Foto: Instagram Syafiq Kyle/ MH

https://www.youtube.com/watch?v=-22Nf-lPBu4

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI