Jihan Muse mengakui dia tidak ada rasa ingin berehat dari mengendalikan program hiburan, Gegar Vaganza yang kini sudah pun memasuki musim keenam.

Bersama-sama rakan hos, Nabil Ahmad, ibu kepada seorang cahaya mata itu mulai mengacarakan rancangan tahunan itu sejak musim pertama.

Malah katanya kepada MH, kalau mahu diikutkan, golongan yang tidak suka hanyalah segelintir.

”Untuk GV tak ada… Kalau nak dibandingkan dengan yang suka dan tak suka, yang tak suka tu hanyalah segelintir. Segelintir kecil yang gambar pun tak ada.

“Kadang-kadang tak ada followers pun, kalau ada yang ‘old coins’ tu.

“Apa pun saya ikut sahaja. Kalau masih dipanggil maknanya masih lagi ada rezeki,” katanya lagi.

Sementara itu, ditanya mengenai pertambahan minggu saingan GV ke 11 minggu berbanding hanya lapan minggu sebelum ini, Jihan akui sambutan yang diterima untuk musim kali ini di luar jangkaan.

“Masa GV5 dulu kita sudah risau kerana setakat mana ia boleh pergi kalau akan ada lagi musim baru. Itu perkara biasa bagi program yang bermusim.

”Jadi memang kalau ada lagi, kita kena kerja keras untuk pastikan ia masih ditonton. Akan tetapi rupanya, untuk GV musim keenam ni, ia macam ‘fresh’, impaknya berberbeza.

“Jadi kita rasa mungkin minggu keenam ni satu musim baru untuk fasa lain. Misalnya musim ketujuh kalau ada dia akan jadi macam musim kedua untuk fasa baru berkenaan,” jelasnya lagi.

View this post on Instagram

Apa kata korang? #MHnews #MediaHiburan

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on