Penyanyi dan usahawan,Mila Jirin ada berkongsi tips kebahagiaan dalam rumah tangga.
Malah, bekas juara Akademi Fantasia Musim Ke-5 (AF5) ini turut mengamalkan cara tersebut.
“Macam mana nak tambahkan KEBAHAGIAN dalam rumah tangga??
“Bangun pagi WAJIB mulakan dengan SENYUMAN (walaupun malam tu marah kr merajuk ke) sebab SENYUMAN ni macam 1 penawar untuk neutral kan segala ion ion NEGATIVE yang ada dalam diri kita…
“Kalau boleh hari2 every morning PELUK erat erat pasangan kita for few minute…feel the warm…feel the heart beat…dan ucapkan I LOVE U!,” kongsi Mila.
Ads
Dalam pada itu,Mila juga berfikiran positif bahawa setiap pasangan mempunyai kekurangan masing-masing dan perlu perbaikinya.
“Suami Isteri ni kena sama sama buang EGO dan sering MAAF dan MEMAAFKAN…Kena selalu fikir, APA TUJUAN PERKAHWINAN itu?? Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama PERBAIKI demi mencari Redha ALLAH..
“Buat suami tercinta @isz_mustapha , doakan isteri u yang cute ni jadi Isteri yang TAAT ya,” akhiri Mila sambil disertakan gambar bersama suaminya.
Untuk rekod, Mila berkahwin dengan Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak,Arif Zikri yang kini berusia dua tahun.
Sekeping foto berlatarkan mercu Eiffel Tower tidaklah gah seperti yang dilihat mata sendiri.
Ulas pengacara Ameera Zaini, realitinya jauh berbeza daripada apa yang terlihat di laman sosial.
Untuk sekeping foto Insta worthy seperti ini, kata ibu kepada seorang anak ini, dia terpaksa menahan bau yang kurang menyenangkan dan suami yang sentiasa diganggu gelagat anak sewaktu merakam foto.
Namun itulah realiti di sebalik sekeping foto.
“A reminder to myself. Apa yang kita nampak di social media adalah apa yang kita pilih untuk share/tengok.
“Realitinya jauh lebih berbeza dari kehidupan sebenar. Contohnya di sebalik gambar Meera macam syok je kat Eiffel tower ni, yang orang x nampak adalah bau yg kurang menyenangkan, photographer (husband) tengah kena tarik2 dengan anaknya.
“And hati Meera sendiri tengah dup dap dup dap tengok sekeliling sebab risau dengan itu ini. Orang tak tahu sebab Meera tak tunjuk,” tulisnya.
Pada masa sama, wanita ini turut memberi peringatan kepada diri sendiri agar mengambil sikap diam dari memberi komen negatif terhadap sebarang perkara.
“Biasalah tu, kita akan judge benda yg kita nampak saja. Cuma bila kita nampak kekurangan, keburukan, benda yg mata kita tak suka tengok, boleh tak kita praktis untuk diam daripada kita zahirkan melalui komen negative? Pesanan untuk diri Meera sendiri.
“If you don’t have something nice to say, you shouldn’t say it at all ✨(wearing SarahTieBack instant scarf),” jelasnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...