
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin yang selamat bersalin cahaya mata ketiganya pada Jumaat.
Berita gembira itu dikongsi Tya menerusi Instagram dengan memuat naik fotonya dengan bayi baru lahir bersama suami, Asyraf Khalid.
Bayi perempuan seberat 3.6 Kilogram itu selamat dilahirkan secara normal pada jam 11.11 malam.
Malah dia dan suami sepakat memberikan nama Aghnia Amira Jiwa buat anak ketiga pelengkap keluarga.
“Baby kami yang ketiga telah lahir dengan selamat secara normal.
“Aghnia Amira Jiwa dengan berat 3.6Kg pada hari Jumaat, pada jam 11.11 malam,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Tya turut memohon semua agar mendoakan urusannya dan keluarga dipermudahkan.
Sebagai informasi, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 7, dan Azzahra Jiwa Asyraf, 5.
Hantaran berkenaan sehingga kini sudah pun menerima hampir 25,000 tanda suka dan disusuli dengan pelbagai komen dan ucapan tahniah daripada warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini