Siapa yang tidak kenal dengan pelakon Bollywood popular yang sering memegang watak heroin dalam filem, Kareena Kapoor.

Terbaru MH perhatikan Kareena kini semakin langsing dan menerusi laporan Mid-day.com, juru kecergasan pelakon ini, Namrata Purohit telah berkongsi rahsia kurus Kareena sehingga dapat menurunkan berat badan sebanyak 16kg dalam masa setahun.

Turun Berat Badan Sebanyak 16kg, Ini rahsia Kareena Kapoor!

IKLAN

Katanya, Kareena datang berjumpa dengannya untuk menurunkan semula berat badan yang naik semasa mengandung dan mahukan bentuk badannya yang asal.

“Selepas 45 hari melahirkan Taimur, Kareena telah berjumpa saya untuk menurunkan berat badannya yang naik ketika mengandung.

 

“Kareena mahu bentuk asal badannya semula dan ingin kelihatan fit ketika berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Tambahnya lagi, Kareena melakukan yoga dan pilates untuk menurunkan berat badannya.

IKLAN

“Dia telah melakukan yoga dan senaman pilates selama setahun dan berat badannya telah turun sebanyak 16 kilogram,” katanya lagi.

Turun Berat Badan Sebanyak 16kg, Ini rahsia Kareena Kapoor!

Selain itu Namrata berkata, pelakon cantik ini juga mengawal cara pemakanannya secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat.

IKLAN

Jadi untuk korang yang nak kuruskan badan di luar sana tu, boleh cuba amalkan yoga dan pilates seperti Kareena.

Sumber: Mid-day.com

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI