Finalis Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sudah bersedia menjadi selebriti, seterusnya mengejar cita-cita menjadi seorang pengarah.
Nadhir atau nama penuhnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berkata, impiannya untuk menongkah arus seni sudah tertanam sejak empat tahun lalu.
“Saya lebih bersedia untuk berada dalam industri. Menanti selama empat tahun.
“Bermula dengan menjadi model dan inilah saat yang terbaik untuk saya keluar dari zon selesa saya dan buat apa yang seharusnya sekarang,” jelasnya.
Anak muda ini pada masa sama akui, senario industri juga perlu berubah seiring masa.
Ads
“Sudah tahun 2020, bagi saya industri perlu berubah, penonton juga perlu berubah dan memahami.
“Sampai bila kalau bukan sekarang? Saya percaya ramai seniman kat luar yang tidak berpeluang untuk ekpreksi dan tunjuk personaliti mereka di televisyen disebabkan beberapa keadaan.
“Tapi kita harus faham yang seni tetap seni dan biarlah saya menjadi wakil untuk mereka yang didalam industri seni tanah air,” katanya kepada MH.
Ads
Selain itu, finalis berusia 24 tahun ini juga optimis menjadikan Pencarian Hero Remaja 2020 sebagai platfom mencapai cita-cita.
“Untuk mengejar cita cita menjadi seorang pengarah berjaya, membuat sebuah filem yang bertaraf antarabangsa. Itulah impian saya.
“Menerusi penglibatan sebagai pelakon dan minat, saya pasti harapan bergelar akan dapat direalisasi.
Ya, ia tidaklah senang, tapi juga tidak mustahil,” kongsinya optimis.
Ads
Terdahulu, finalis berasal dari Petaling Jaya ini telah memulakan karier sebagai seorang model seawal usia 19 tahun.
Kini sedang mempersiapkan diri pada malam akhir Hero Remaja 2020, jangan ketinggalan untuk menontonnya secara langsung pada 16 Julai ini, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria, Ria HD dan Astro GO.
Siapa Hero Remaja pilihan anda?
Foto: Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, setiap kali tibanya sambutan hari lahir dari artis terkenal, pasti akan ada di kalangan rakan-rakan yang memberi reaksi, bahawa tarikh hari jadinya sama dengan kita.
Jadi kali ini, MH senaraikan 20 tarikh lahir selebriti terkenal kita sebagai rujukan. Manalah tahu, ada di antara tarikh yang kami senaraikan ini tersama dengan hari jadi kalian juga kan?
Bintang versatil, Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Sakinah ada memuat naik beberapa keping foto yang antara lainnya mempromosikan satu projek terbaru lakonannya.
Bagaimanapun, salah satu foto yang dikongsi pelakon berusia 31 tahun itu yang dilihat berkemban mengenakan kain batik mendapat reaksi pelbagai wargamaya.
Ada yang membidas soal pemakaian bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu dalam foto tersebut memandangkan dua lagi pelakon lain mengenakan pakaian lebih sopan.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendapat kritikan netizen berhubung persalinan yang dikongsikan di media sosial, yang didakwa seksi oleh sesetengah pihak.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Erynne Erynna akui mulai berasa gemuruh apabila usia kandungannya kini sudah mencapai peringkat ketiga (third trimester).
Tambahan pula, ia merupakan pengalaman pertama buat pelakon drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (NKUCA) yang bakal melahirkan anak sulung tidak lama lagi.
“Slowly packing for my hospital bag, dah start nervous tapi excited dah ni.
“And i put the things in an individual bag macam tu sebab senang for my husband to just grab it and everything i need for each day is in 1 bag like that.
“P/s: siapa macam i yang always love to pack things extra incase tak cukup ke apa ke heheh and what do you mommies bring in your hospital bag, and any suggestions?,” tulisnya.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...