Categories: Berita Hiburan

Tulisan ‘Single Mother Of 7’ Rebecca Nur Al Islam Jadi Sorotan – “Terima Kasih Untuk Memori 18 Tahun…”

Share

Tiada angin, tiada ribut, spekulasi rumah tangga di antara pelakon Datin Rebecca Nur Islam dan suaminya, Datuk Norazam Sulaiman kini mencetuskan reaksi pelbagai warganet.

Ia susulan Rebecca dilihat menukar statusnya di akaun Instagram sebagai ibu tunggal kepada tujuh orang cahaya mata, beberapa hari lalu. 

Malah, Rebecca turut memuat naik gambar suaminya di Instagram sambil memaklumkan bahawa dia kini reda dengan segala perancangan Illahi.

“Assalamualaikum. 18 tahun kita telah bersama. Semoga Allah merahmati kamu dengan kesihatan yang baik dan kemewahan.

“Terima kasih untuk memori selama 18 tahun ini. Kita sudah cuba yang terbaik tetapi Allah sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Bagaimanapun, sehingga kini Rebecca tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai maksud sebenar hantaran tersebut.

Doa & Sokongan Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Rebecca dan suaminya.

“Kami mendoakan yang terbaik buat awak dan suami.”

“Semoga mommy terus kuat. Allah sentiasa bersamamu.”

“Semoga Rebecca terus kuat dan diharapkan segalanya baik-baik sahaja buat awak dan anak-anak.”

“Sedihnya, semoga yang baik-baik sahaja untuk awak. Kuat, tabah dan terus ke hadapan.”

“Setiap yang terjadi adalah ketentuan Allah. Semoga Allah merahmati segalanya,” antara komen-komen netizen.

Sebagai info, Rebecca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011.

Pasangan ini dikurniakan enam orang anak serta membesarkan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, yang kini berusia 16 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
Aizam Manaf