Zaman moden dengan kemudahan gajet canggih yang memudahkan kita untuk melayari media sosial selama 24 jam sekarang ini sememangnya membantu kita untuk berhubung masyarakat luar.

Namun begitu kemudahan yang ada ini sering disalah guna dengan sengaja, mengutuk mencaci mengecam orang lain atau lebih tepat dikatakan sebagai pembuli siber dan seolah-olah diri sendiri suci bak malaikat.

Antara golongan yang sering menerima kecaman netizen yang menyalah gunakan kemudahan media sosial ini adalah golongan selebriti.

IKLAN

Baru-baru ini, MH terlihat satu posting chef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob yang berkongsi kata-kata nasihatnya kepada mereka yang sering mengecam orang lain di media sosial.

IKLAN

“Kadang-kadang kita tak tahu kenapa sesuatu itu berlaku tanpa di duga, namun apa yang kita perlu utamakan ialah apa yang kita lakukan selepas sesuatu berlaku di luar jangkaan. Hidup ini janganlah kita menganiaya orang lain, jangan juga kita cuba merosakkan masa depan seseorang, usah juga kita cuba menjadi tuhan untuk mengubah takdir sesiapa, walaupun mungkin ada juga yang merasakan bahawa membuli secara online tu tidak apa kerana kononnya ‘Malaikat takde IG, Twitter atau Facebook, so macam mana malaikan nak catat kejahatan dan kezaliman online?!’ Percayalah, Tuhan itu Maha adil, takkan ada kejahatan di balas dengan kebaikan, dan takkan ada kebaikan di balas dengan kejahatan. Mungkin benarlah kata orang “Yang manis tak semestinya madu dan yang pahit tak semestinya racun!” Salam #Ramadan buat semua!,” tulisnya.

Tak dapat MH nafikan ada betulnya nasihat yang diberikan oleh Fazley ini. Kita seharusnya sedar membuli emosi seseorang walaupun menerusi siber dapat memberi kesan terhadap diri inidividu yang dibuli itu.

MH berharap sempena bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini dapat mengawal diri kita untuk menjadi pembuli siber kerana ramai yang sebenarnya tidak perasan diri mereka adalah pembuli siber.

IKLAN

Semoga Ramadan kali ini dapat mengawal diri kita daripada menyakiti orang lain.

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI