Penyanyi, Elyana tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya terhadap seorang individu yang sering memberikan teguran pedas di Instagramnya.

Lalu, penyanyi lagu Tapak Sulaiman itu telah bertindak mendedahkan identiti individu tersebut di laman Instagram miliknya.

Ads

“Meh ramai-ramai kita ingat kan dia pulak! Dia tak sakit,so dia tak stress. Dia boleh terima dengan hati yang terbuka luas. Tudung macam ni ke baru boleh masuk syurga,” tulisnya.

Difahamkan, Elyana yang ketika ini sedang menjalani rawatan mengakui komen tersebut telah membuat dirinya tambah tertekan.

Ads

Bagaimanapun, rata-rata netizen meminta Elyana supaya tidak mempedulikan komen individu tersebut dan menasihatinya supaya tumpukan kepada rawatannya itu.

Ads

Bagi MH, tidak salah untuk menegur tetapi haruslah kena dengan caranya.

Foto: Instagram Elyana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI